Wednesday, November 25, 2009

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang menidakkan perlindungan insurans bagi kereta lama serta kenderaan berharga bawah RM10,000, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga tidak bercadang untuk menghapuskan keperluan perlindungan pihak ketiga yang merupakan keperluan wajib di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, kesukaran orang ramai untuk mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga adalah ekoran kerugian yang dialami oleh penanggung insurans akibat kos tuntutan yang sangat tinggi bagi perlindungan pihak ketiga yang tidak setimpal dengan premium yang dikenakan.

"Sungguhpun penanggung insurans semakin berhati-hati menawarkan perlindungan insurans motor pihak ketiga secara individu, orang ramai boleh mendapatkan perlindungan berkenaan melalui Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) yang merupakan suatu pakatan industri di mana penanggung insurans berkongsi premium dan tuntutan secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) di Dewan Rakyat yang menanyakan adakah menjadi polisi kerajaan untuk menidakkan perlindungan insurans kereta lama berusia 10 tahun dan ke atas serta kenderaan berharga RM10,000 ke bawah.
MELAKA: Tidak sanggup melihat insan disayangi terus bergelumang dosa, seorang anak membulatkan tekad menahan ibu kandungnya selepas mengetahui wanita terbabit berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di pinggir bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, anak lelaki wanita terbabit yang berusia awal 20-an ke rumah sewa ibunya di bandar raya ini selepas mengesyaki ada lelaki datang ke rumah itu.

Difahamkan, selepas menunggu beberapa jam di luar rumah, teman lelaki ibunya masih tidak keluar menyebabkan anak wanita berkenaan curiga lalu menghubungi polis dan pegawai penguat kuasa agama di kawasan berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, tanpa diduga beberapa minit selepas laporan dibuat, lelaki terbabit keluar dari rumah dan menyedari dia mahu beredar, anak wanita itu bersama beberapa rakannya menahannya.
KUANTAN: Seorang lelaki ditemui bersembunyi dibelakang almari bilik seorang gadis selepas ibu gadis bawah umur berkenaan mendengar rengekan pelik dari bilik anaknya dalam satu kejadian rogol di Lepar Utara, di sini Ahad lalu.
LONDON: Britain membina pangkalan data DNA terbesar di dunia tanpa diluluskan Parlimen sehingga polis boleh menahan sesiapa saja hanya untuk mendapatkan profil DNA mereka, kata kumpulan pemantau genetik, semalam.

Suruhanjaya Genetik Manusia yang menasihat kerajaan dalam aspek sosial, perundangan dan etika genetik berkata, pihak berkuasa perlu mengkaji semula pangkalan data itu dan undang-undang baru mesti diluluskan bagi mengawal selia perjalanannya.

Pengerusinya, Prof Jonathan Montgomery, berkata fungsi pangkalan data itu juga bertukar daripada mengumpul data pesalah jenayah kepada tempat menyimpan DNA suspek.

“Lebih tiga suku golongan muda kulit hitam berusia di antara 18 dan 35 ada dalam pangkalan data itu,” katanya.
PRESTON (Lancaster): Seorang budak berusia empat tahun dibuang sekolah kerana didakwa menyerang guru.

Tindakan itu diambil terhadap McKenzie Dunkley kerana sikapnya didakwa terlalu buruk dan anti-sosial.

Sebelum itu, McKenzie dihantar pulang empat kali dalam dua bulan pertama belajar di sekolah itu dan dibuang terus selepas menyerang dua guru.

Kakitangan di Sekolah Rendah Sacred Heart di Preston, Lancaster berkata, McKenzie tidak pernah menumpukan perhatian di dalam kelas, tidak menurut kata dan sering mengganggu pelajar lain.
KUALA LUMPUR: Anak kenamaan dan pengawal peribadi VIP antara kelompok penagih daripada golongan atasan yang pernah ditahan polis selepas dikesan menggunakan dadah sintetik atau ‘dadah orang kaya’ di beberapa pusat hiburan terkemuka sekitar ibu kota.

Difahamkan, dadah sintetik yang boleh mencecah RM50 bagi setiap gram itu menjadi pilihan golongan terbabit kerana ia dianggap kategori dadah mewah dan mempunyai cita rasa tinggi berbanding dadah murahan seperti ganja, kokain atau heroin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang (gambar), berkata pembabitan kelompok golongan terbabit dengan dadah jenis sintetik banyak dipengaruhi faktor kewangan.

“Berbanding dadah ‘fesyen’ lama seperti heroin dan ganja, dadah sintetik terutama Ecstasy berkali ganda lebih mahal dan mempunyai permintaan yang tinggi. Oleh itu, hanya golongan yang ada wang dan bekerjaya mampu membelinya.
SEPANG: Selain menagih dadah, segelintir pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dikesan menjadi pengedar bahan itu secara kecil-kecilan di sekitar kampus, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Abd Bakir Zin.

Beliau berkata, dakwaan itu mungkin dianggap keterlaluan dan tidak masuk akal, namun AADK mempunyai bukti kukuh untuk menyokong dakwaan terbabit.

“Mungkin ada yang tidak percaya, tetapi kajian kami dengan beberapa jabatan lain membuktikan ada pelajar IPT yang terbabit dengan penagihan dadah.

“Lebih menyedihkan mereka juga dikesan menjadi ejen kepada pengedar dadah di IPT,” katanya pada majlis Anugerah Kepulihan Sepanjang Hayat dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) di Bandar Baru Salak Tinggi, semalam.
KUALA LUMPUR: Sikap romantis selain keinginan memenuhi adat keperkasaan lelaki andainya berjaya membawa pulang anak dara dari negara asing ke kampung halaman selepas keluar merantau, menyebabkan kira-kira 600 gadis dari negara ini terperangkap dalam ‘keramat cinta’ pemuda Lombok.

Mereka kini menjadi sebahagian penghuni Pulau Lombok, di timur Indonesia, namun hampir semua gadis yang berusia 13 hingga 30-an itu mengikut kekasih pemuda Lombok yang dikenali ketika lelaki terbabit bekerja di negara ini, atas kerelaan hati masing-masing.

Dipercayai keadaan itu berlaku berikutan lebih setengah juta lelaki daripada 2.5 juta penduduk Pulau Lombok yang majoritinya daripada suku kaum Sasak, berhijrah ke luar negara terutama Malaysia untuk mencari rezeki.

Situasi itu turut menyebabkan sesetengah kampung di pulau itu ketandusan lelaki sehingga terpaksa melantik ketua kampung di kalangan kaum wanita.
BAHAU - Penduduk Taman Desa Putri di sini berasa tidak selesa dan kecewa dengan penemuan botol dan tin minuman keras di sekitar kawasan padang permainan taman perumahan ini.

Seorang penduduk, :Othman Yem, 59, memberitahu, kejadian ini sudah agak lama berlaku tetapi masih tiada sebarang tindakan diambil.

Menurutnya, bekas minuman keras yang ditemui di salah sebuah pondok yang terdapat di taman ini perlu mendapat perhatian serius daripada pihak yang bertanggungjawab.

“Sememangnya negara ini mengamalkan amalan demokrasi di mana setiap masyarakat mempunyai hak masing-masing untuk melakukan sesuatu tetapi apabila ia sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dengan penemuan botol dan bekas minuman keras di kawasan awam, pastinya ia mengundang rasa kecewa penduduk.

"Kawasan padang permainan ini disediakan bagi kemudahan masyarakat dan penduduk taman ini menjalankan aktiviti riadah, bukan sebagai lokasi melepak golongan tertentu,” katanya.

menunjukkan ia dilakukan oleh golongan masyarakat yang sememangnya tidak bertanggungjawabd alam menjaga kebersihan kawasan awam daripada perkara terbabit.

Tinjauan Sinar Harian di padang berkenaan juga mendapati setiap tong sampah yang disediakan di padang berkenaan dipenuhi dengan sampah yang kelihatan sudah lama tidak dikutip.

Menurut Othman, kawasan padang permainan ini menjadi lokasi lepak segelintir golongan masyarakat sambil meminum minuman keras dan bekas-bekas minuman ditinggalkan begitu sahaja tanpa dibuang di tempat pembuangan yang disediakan.

“Kaca-kaca yang terdapat di pondok ini adalah bekas-bekas botol kaca yang dipecahkan oleh peminumnya dan boleh membahyakan kanak-kanak yang bermain di sini.

“Ia juga boleh menjadi contoh tidak baik kepada kanak-kanak di kawasan perumahan ini apabila melihat botol-botol minuman keras yang disepahkan sedangkan ia bukanlah minuman yang halal bagi kanak-kanak beragama Islam,” ujarnya.

Othman memohon kepada mana-mana pihak yang berwajib supaya bertindak mengatasi keadaan itu.
TANAH MERAH - Sepasang remaja ditangkap khalwat dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di Lalang Pepuyu di sini malam Jumaat lalu.

Pasangan terbabit dipercayai melakukan perbuatan berkenaan ketika ketiadaan anggota keluarga di rumah terbabit di sini malam Jumaat lalu.

Rumah terbabit dipercayai milik keluarga pemuda yang ditahan bersama pasangannya itu, dengan membawa teman wanitanya yang berusia 17 tahun ke dalam rumah terbabit yang kini sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Serbuan dilakukan pada jam 11.30 malam oleh Imam Mukim, Lalang Pepuyu, Hassan Sulaiman bersama empat anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kawasan terbabit serta melibatkan seorang anggota Unit Penyeludupun Persekutuan (UPP).

Hassan berkata, beliau menerima maklumat mengenai pasangan terbabit yang berkelakuan mencurigakan daripada orang awam pada jam 10.30 malam.

“Selepas menerima maklumat berkenaan saya bersama-sama anggota polis dan UPP melakukan serbuan ke atas rumah terbabit yang pada ketika itu hanya dipasang lampu tangga manakala di dalam rumah tidak di pasang lampu dan keadaannya ketika itu amat gelap.

“Ketika sampai di kawasan rumah terbabit, pintu rumah diketuk namun tiada jawapan dan kami terpaksa menunggu hampir tujuh minit sehingga pintu dibuka,’’ katanya kepada :Sinar Harian:.

Katanya, selepas tujuh minit menunggu, akhirnya pintu utama rumah terbabit dibuka dan kelihatan seorang pemuda berpakaian lengkap dan semasa mereka memasuki rumah terbabit, pasangannya juga turut berpakaian lengkap dan memakai kain batik sambil duduk di bucu katil.
PASIR TUMBUH – Pendidikan agama perlu diterapkan di awal usia kanak-kanak lagi seperti mana kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Ahli Lembaga Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Pusat, Mohd Nuri Yaakob berkata, kesungguhan itu dapat dilihat seperti mana yang dilakukan oleh Pasti dalam melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah.

“Hasilnya dapat dilihat apabila sudah 25 tahun Pasti ditubuhkan bermula dengan penubuhan Putera Islam yang diasaskan di negeri ini pada tahun 1984,” katanya kepada :Sinar Harian :ketika ditemui di Majlis Ihtifal Pasti At-Taqwa Terusan di sini.

Turut hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah dan Pengerusi Pasti At-Taqwa, Ustaz Muhammad Talib.

Mohd Nuri berkata, Pasti telah membawa banyak perubahan dalam membentuk siasah keperibadian remaja yang kini sudah pun menjadi dewasa jika dikira bermula pada tahun 1984 hingga kini.

Beliau berkata, korikulum dan kokurikulum yang menekankan aspek pengajian berasaskan pendidikan agama dengan melibatkan beberapa mata pelajaran seperti Tauhid, Akidah, peribadi Muslim serta asas fardu ain.

Katanya, begitu juga berkaitan dengan kokurikulum, Pasti tidak pernah mengetepikannya di mana setiap tahun diadakan sukan tahunan di seluruh negara yang bermula pada peringkat DUN, Parlimen serta Kebang-saan.

“Pada tahun ini Pesta Sukan Pasti telah diadakan di Selangor dan Kelantan menjuarai dalam sukan bola jaring di mana pada tahun hadapan akan diadakan di Pulau Pinang pula,’’ katanya.

Mohd Nuri berkata, de-ngan pemilihan Kelantan sebagai tuan rumah sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun penubuhan Pasti baru-baru ini menggambarkan Ke-lantan adalah negeri yang sentiasa menerajui kepada perubahan.

“Dalam Pasti juga kini :sudah banyak perubahan yang dibawa demi kepentingan pelajar serta guru-guru.

“Kini guru-guru dan kakitangan Pasti boleh menggunakan koperasi yang ditubuhkan oleh Pasti Pusat untuk dimanfaatkan terutamanya dalam menjana ekonomi dan kebajikan mereka,’’ katanya.
KUALA LUMPUR - Seorang peniaga wajar digelar menusia berperangai haiwan jika didapati bersalah merogol dan mencabul kehormatan gadis bawah umur, apatah lagi mangsa merupakan anak jirannya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya mendiamkan diri sepanjang mendengar tiga pertuduhan rogol dan satu pertuduhan cabul melibatkan mangsa berusia 12 tahun tujuh bulan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Fathiyah Idris di sini, semalam sebelum memberi pengakuan tidak bersalah untuk rekod mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh berusia 57 tahun itu didakwa merogol gadis malang terbabit pada 8, 9 dan 31 Oktober lalu dalam sebuah bilik di rumah pangsa dekat Cheras, lebih kurang jam 1 petang.

Berikutan itu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Aishah KM Abu Bakar mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 376(d) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan minimum 10 kali.
PETALING JAYA - Pada mulanya, 19 warga asing yang bekerja di medan selera di Jalan 223 dekat sini menyangka kehadiran pegawai Imigresen Selangor dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di situ, mahu makan tengah hari.

Bagaimanapun, tanggapan mereka kali ini meleset sama sekali di mana penguat kuasa berkenaan hadir dengan tujuan memberkas mereka yang rata-ratanya menyalahgunakan permit kerja.

Timbalan Pengarah Imigresen Selangor, Abdillah Azlihan berkata, serbuan tersebut dilakukan selepas risikan selama seminggu berdasarkan aduan orang awam yang diterima pihaknya.

“Hasilnya, kita menahan 19 warga asing antaranya 14 wanita dan lima lelaki yang kesemuanya merupakan warga negara Indonesia, Bangladesh, serta India. Mereka melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 atas kesalahan tinggal lebih masa dan menyalahgunakan permit kerja serta ada yang tidak memiliki dokumen yang sah.
KUALA LUMPUR - Seorang penjual makanan sejuk beku bakal berhadapan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika didapati bersalah atas dua tuduhan yang sedang dihadapinya kini mengikut Akta Anti-pemerdagangan Orang 2007 di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Chia Song Lim, 32, yang diwakili peguam Avtar Singh bagaimanapun, memberi pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Noor Aishah KM Abu Bakar di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Song Lim dituduh telah memperdagangkan dua remaja perempuan berasal dari Vietnam masing-masing berusia 21 dan 22 tahun bagi tujuan eksploitasi pada 10 November lalu di No.25-2B Blok 6 Jalan Metro Perdana Timur 2, Taman Usahawan Kepong daerah Sentul, kira-kira jam 10.45 malam.
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak tertekan ataupun pun tergugat dengan tindakan Pas Pusat menasihatinya supaya menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berundur dari jawatan ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menyifatkan perkara tersebut lumrah dalam sebuah parti, Mursyidul Am Pas itu berkata, apa yang dilakukan oleh Pas Pusat itu adalah adil memandangkan beliau sendiri menegur kepimpinan pusat supaya mengadakan Muktamar Khas Agung (EGM) baru-baru ini.

“Tak ada tekanan, biasa la, sebelum ini saya tekan (Pas) pusat melalui cadangan pemilihan baru parti, sekarang pusat tekan saya, pakat tegur menegur, asas Islam begitu,”katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di kediaman rasminya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kewajaran tindakan Pas pusat yang diketuai presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din membuat kunjungan serta memberi nasihat bagi menyelesaikan kemelut yang melanda perbadanan tersebut kelmarin.
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Selepas 25 tahun berlalu, dakwaan lafaz rujuk antara pesara polis, Mohd. Fudzi Sulaiman dengan bekas isterinya yang sudah meninggal dunia, Noraini Abu Bakar disahkan tidak pernah berlaku.

Mahkamah Rendah Syariah Kajang dekat sini memutuskan demikian hari ini selepas Hakim Syarie, Mohd. Fazil Hasan mengambil kira keterangan abang sulung wanita itu bahawa tiada berlakunya rujuk antara Noraini dan Mohd. Fudzi.

Menurutnya, saksi kelima itu yang hanya dikenali sebagai Ahmad menyatakan arwah sendiri menafikan pernah rujuk ketika ditanya olehnya pada setiap tahun wanita itu pulang ke Melaka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Permohonan pengesahan rujuk dikemukakan oleh Mohd. Fudzi di mahkamah tersebut berikutan berlaku kecelaruan dan ketidakadilan dari segi pembahagian harta peninggalan arwah isterinya yang sepatutnya dimiliki oleh dia selaku suami dan empat anak mereka.

Dalam keputusannya, Mohd, Fazil turut menyifatkan pengeluaran surat status janda oleh majikan arwah menunjukkan Noraini yang juga berkhidmat sebagai anggota polis semasa hayatnya menafikan berlakunya rujuk.

Di samping itu, beliau menyatakan, Mohd. Fudzi selaku plaintif gagal memanggil suami kedua wanita berkenaan, Razali Saad sebagai saksi atau menamakannya sebagai defendan.

''Selain itu, pihak plaintif gagal memanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP) iaitu pihak yang mengeluarkan borang perceraian pasangan tersebut yang dikemukakan oleh arwah untuk bernikah dengan suami keduanya.

''Mahkamah terkilan kerana kegagalan melibatkan kedua-dua pihak tersebut (Razali dan JAIWP) telah memberi ruang tohmahan yang amat besar dalam kes ini,'' kata Mohd. Fazil.

Permohonan plaintif sebelum ini disokong oleh keterangan dua saksi yang menafikan mereka pernah menandatangani borang tersebut bagi mengesahkan penceraian pasangan itu.

Menurut Mohd. Fazil lagi, keputusan Noraini bernikah dengan Razali sebenarnya dengan jelas menunjukkan Noraini menafikan berlakunya rujuk dan wanita itu sendiri mahukan sebuah hubungan halal.

Mohd. Fudzi, 58, bernikah dengan Noraini, 53, pada 1976 dan bercerai pada 1 November 1984. Bagaimanapun, Mohd. Fudzi mendakwa dia dan Noraini rujuk semula pada keesokan harinya namun ia tidak didaftarkan.

Plaintif mendakwa, mereka tinggal berasingan pada 2001 walaupun masih bergelar suami isteri.

Bagaimanapun, wanita berkenaan didakwa bernikah kali kedua pada 2001 dengan Razali sebelum meninggal dunia pada 2007 akibat kanser payu dara.

Mohd. Fudzi diwakili peguam syarie, Norazmi Mohd. Arif.
Oleh DR. ASMADI MOHAMED NAIM


umat islam hanya mentauhidkan Allah yang esa dan tidak menyembah makhluk lain.

APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma' wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.

Lantas mendatangkan hujah-hujah berbentuk taklid iaitu WAMY, ulama-ulama lain dan silibus-silibus beberapa buah universiti yang menyokong. Itu sebenarnya taklid.

Kadang-kadang didatangkan nukilan al-Baghdadi dalam al-Farq Baina al-Firaq berkaitan dengan tafsiran perkataan 'ahlussunnah' sebab mahu bergantung dengan ulama silam Ahlussunnah, namun ditiadakan syarahan bahawa Imam al-Baghdadi sebenarnya mensyarahkan tauhid Sifat di dalam kitab tersebut apabila beliau mensyarahkan firqah najiah (firqah yang selamat). Bahkan perkataan 'tauhid-tauhid sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara sifat-sifat 20.

Lihat bagaimana Imam al-Baghdadi mensyarahkan pandangan Ahlussunnah dalam mentauhidkan sifat Allah SWT: "Mereka ijmak bahawa tempat tidak meliputiNya (Allah SWT tidak bertempat) dan masa tidak mengikatnya, berbeza dengan firqah al-Hasyamiah dan al-Karamiah, yang mengatakan Allah memegang arasynya". (Lihat Al-Baghdadi, al-Farq Baina al-Firaq, hal.256).

Dalam isu tauhid, amat merbahaya kita bertaklid. Sepatutnya didatangkan nas-nas yang jelas berkaitan pembahagian tiga serangkai tersebut bersesuaian sekiranya kita bersarjanakan al-Quran dan sunnah.

Kalau berdoa selepas solat secara berjemaah yang tidak ditunjuk oleh hadis secara jelas pun dituduh bidaah dan sesat oleh sesetengah orang (walau berdoa disuruh dalam al-Quran dan sunnah), apatah lagi isu pokok dan besar seperti tauhid.

Apabila ditanya, mana dalil al-Quran dan sunnah apabila anda mengatakan penyembah berhala bertauhid dengan tauhid rububiah (tanpa tauhid uluhiyah)? Lantas akan dinyatakan kata-kata si polan dan polan mengatakan perkara ini dan di sokong pula dengan ulama-ulama ini dan ini.

Persoalan saya: Kenapa tidak ada sepatah pun ayat al-Quran dan hadis atau kata-kata ulama-ulama Salafussoleh (tiga kurun pertama) mengenai perkara ini?

Memang benar ada ayat yang bermaksud: Dan jika engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah; jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah SWT). (al-Zukhruf: 87).

Dalil ini digunakan untuk menunjuk- kan orang-orang Musyrik (penyembah berhala) beriman dengan iman rububiah. (Mohd. Naim Yasin, hal.11).

Namun kenapa tidak dicantumkan dengan ayat selepasnya? Dan (Allah mengetahui) ucapannya (Muhammad): Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman. (al-Zukhruf: 88).

Tidak pula al-Quran mahupun sunnah menyebut orang-orang Musyrik beriman dengan tauhid rububiah sahaja! Ini persoalan akidah, sepatutnya ada nasnya secara jelas.

Sebaliknya al-Quran mengatakan dengan jelas bahawa mereka bukan orang yang beriman. Bagaimana kita boleh mengubahnya mengatakan mereka beriman dengan tauhid rububiah? Mana dalilnya sebab ini persoalan akidah?

Ini adalah taklid. Kenapa kita membenarkan taklid dalam soalan akidah sebegini? Kita amat tidak adil apabila membenarkan taklid pada persoalan akidah sebegini.

Lantas kemungkinan saya pula ditanya: Apa dalil kamu dari al-Quran dan sunnah yang menyebabkan kamu mengkhususkan Sifat 20 untuk Allah SWT?

Maka saya berkata: "Bahawasanya Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan maha suci dari segala kekurangan. Sesungguhnya ketuhanannya melazimkan kesempurnaan mutlak secara khusus untuk ZatNya.

"Kemudian, kami memilih sifat-sifat terpenting daripada sifat-sifatNya yang maha sempurna dan kami menjelaskannya secara terperinci perkara-perkara dan keyakinan-keyakinan yang berkaitan dengannya (Lihat al-Buti, 1992, Kubra al-Yaqiniyat al-Kauniyyah, h108).

Adalah satu fitnah sekiranya kami dikatakan menghadkan sifat Allah SWT kepada 20 sahaja!

Saya mungkin ditanya lagi: Mana dalilnya dari al-Quran dan sunnah? Saya akan mengatakan bahawa semua sifat dua puluh itu ada dalilnya di dalam al-Quran dan sunnah. Kalau mahu diperincikan, boleh dilihat dalam semua buku yang mensyarahkan Sifat 20.

Saya ditanya lagi: Bukankan Sifat 20 itu susunan Muktazilah? Saya berkata: Sekiranya saudara membaca sejarah Islam silam, saudara akan memahami bahawa pada zaman Khalifah Abbasiah iaitu Ma'mun bin Harun ar Rasyid (198H-218H), al-M'tashim (218H-227H) dan al-Watsiq (227H-232H) adalah khalifah-khalifah penganut fahaman Muktazilah atau sekurang-kurangnya penyokong-penyokong yang utama dari golongan Muktazilah.

Dalam sejarah Islam, dinyatakan terjadinya apa yang dinamakan 'fitnah al-Quran itu makhluk' yang mengorbankan beribu-ribu ulama yang tidak sefaham dengan kaum Muktazilah.

Pada masa itu, Imam Abu Hassan al-Asy'ari muda remaja, dan belajar kepada seorang Sheikh Muktazilah, iaitu Muhammad Abdul Wahab al-Jabai (wafat 303H).

Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) melihat terdapat kesalahan besar kaum Muktazilah yang bertentangan dengan iktiqad (keyakinan) Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda, dan banyak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Lantas beliau tampil meninggalkan fahaman Muktazilah dan menongkah hujah-hujah kaum Muktazilah.

kefahaman masyarakat

Bermula dari itulah, Imam Abu Hassan al-Asy'ari melawan kaum Muktazilah dengan lidah dan tulisannya. Justeru, susunan tauhidnya bermula setelah dia berjuang menentang Muktazilah dan mengembalikan kefahaman masyarakat kepada al-Quran dan sunnah.

Di atas jalannya, ulama silam menelusuri, antaranya ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (wafat 365H), Imam Abu Ishaq al-Asfaraini (wafat 411H)., Imam al-Hafiz al-Baihaqi (wafat 458), Imam Haramain al-Juwaini (wafat 460H), Imam al-Qasim al-Qusyairi (wafat 465H), Imam al-Baqilani (wafat 403H), Imam al-Ghazali (wafat 505H), Imam Fakhrurazi (wafat 606H) dan Imam Izzuddin bin Abd Salam (wafat 660H). (Lihat Kiyai Sirajuddin Abbas (2008). Aqidah ahlussunnah wal Jamaah, h21-23).

Tidak pernah wujud pertelingkahan antara penghuraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari dan Imam al-Maturidi dengan pengikut-pengikut mazhab fiqh yang empat.

Kemudian saya mungkin diperlekeh kerana pengajian sifat 20 ini bentuknya kaku, lantas contoh sindirannya ialah: "Wujud maksud ada, lawannya tiada.... akhirnya semuanya tiada".

Saya katakan sememangnya cara perbahasan Sifat 20 kena diperbaharui dan diringkaskan.

Dalil-dalil al-Quran berkaitan sifat tersebut perlu lebih dipertekankan berbanding dengan dalil-dalil akal yang rumit-rumit yang mungkin zaman kita tidak memerlukannya.

Pada saya, mungkin penulisan seorang ulama Indonesia Kiai Sirajuddin Abbas bertajuk: Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah, boleh digunakan untuk memudahkan kefahaman pembaca. Buku ini masih banyak dijual di toko-toko buku di Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

Saya kemudian ditanya berkaitan dengan sahabat-sahabat saya yang mungkin belajar dan mengajar tauhid tiga serangkai ini?

Saya katakan pengalaman saya mendengar pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat saya yang mengajar tauhid pecah tiga ini, ada di kalangan mereka tidak ekstrem, tidak sampai mengkafirkan/mensyirikkan golongan yang tidak sependapat.

Contohnya bila memperkatakan tawassul dan menziarahi kubur, ada di kalangan mereka menerimanya tanpa mengkafirkannya atau menyesatkannya.

Demikian juga persoalan penafsiran ayat-ayat sifat, ada yang tidak menerima/ tidak taklid bulat-bulat kenyataan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan lebih kepada menyerahkan kepada Allah SWT. Mereka lebih suka merujuk terus ke Ibn Taymiyyah berbanding Sheikh Abd Wahhab.

Di kalangan mereka (mengikut cerita adik saya ketika dia belajar di Universiti Yarmuk, Jordan), pensyarah Aqidahnya mengatakan: Kamu orang-orang Malaysia, ramai mengikut Ahlu sunnah aliran Asyairah.

Namun, tauhid yang diajarkan ini mengikut susunan Ibn Taymiyah kerana menjadi silibus Universiti ini (pada masa itu). Terserah kepada kamu mengikut keyakinan Asyairah itu (tanpa beliau menyesatkannya).

Mereka menyedari ramai ulama silam (sama ada muhadithin, fuqaha' atau mufassirin) dari kurun ke tiga Hijrah berpegang kepada huraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333H).

Walaupun begitu, ada yang amat ekstrem dalam pegangannya sehinggakan menyesatkan imam-imam terdahulu yang berada dalam lingkungan ratusan tahun.

Semoga pembaca membuat pertimbangan dan terbuka berkaitan isu ini. Pada saya berpegang pada tauhid susunan dan huraian orang yang dekat dengan Rasulullah SAW (al-'ali) lebih selamat dari berpegang kepada tauhid orang terkemudian dan sekarang yang kelihatan cacar marba metodenya dan bertaklid dengan orang-orang baru (al-nazil).

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari kesesatan dan menganugerahkan kita jalan yang lurus.
SHAH ALAM 24 Nov. - Polis Selangor berjaya mematahkan sindiket pengedaran dadah melibatkan 10 pelajar warga asing dalam dua operasi yang diadakan di kawasan Subang Jaya dan Puchong, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, dalam serbuan pertama, empat warga Nigeria berusia antara 23 hingga 28 tahun yang juga pelajar kolej swasta di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ditahan di tepi jalan sebuah hotel di Subang Jaya pada pukul 8.45 pagi.

Katanya, polis turut merampas sebuah beg pakaian daripada salah seorang suspek yang cuba melarikan diri.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek itu, tambah beliau, ditemui dua bungkusan plastik berisi dadah jenis heroin seberat 925 gram bernilai RM60,000 yang dipercayai cuba dijual di pasaran luar negeri.

''Turut dirampas, mata wang asing AS$5,000 (RM16,950) serta wang tunai RM7,740.

''Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan terhadap keempat-empat suspek itu kerana ada di antaranya berada di negara ini dalam tempoh sebulan hingga setahun.

''Mereka kini ditahan reman sehingga 28 November bagi membantu siasatan,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam serbuan kedua, Nordin memberitahu, polis menahan enam lagi pelajar warga asing berusia 20 hingga 30 tahun di sebuah pangsapuri di Taman Desa Millenium, Puchong pada pukul 6 petang semalam.

Katanya, mereka adalah tiga warga Nigeria dan masing-masing seorang warga Arab Saudi, Yemen dan Somalia yang menuntut di kolej swasta di sekitar Lembah Klang.

Ketika serbuan itu, jelas beliau, salah seorang daripada suspek bertindak mencampak keluar sebuah beg melalui tingkap pangsapuri berkenaan.

''Hasil pemeriksaan ke atas beg berkenaan, kita menemui 54 bungkusan timah berisi ketulan ganja mampat seberat 355 gram bernilai RM3,000 serta wang tunai berjumlah RM3,000,'' ujarnya.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan kesemua ganja yang dirampas itu untuk pasaran dalam negeri.

Malah, katanya, tiga daripada suspek tersebut disahkan positif dadah menerusi ujian air kencing dan mereka semua kini ditahan reman sehingga 30 November ini untuk siasatan lanjut.

Kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Nordin memberitahu, siasatan merangkumi sama ada semua suspek mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Tanda tanya tentang kehidupan sepasang suami isteri yang nampak senang meskipun tidak bekerja terbongkar apabila ditahan polis kerana melakukan jenayah ragut dan seluk saku, Sabtu lalu.

Tambah mengejutkan pasangan berusia 32 dan 37 tahun itu yang aktif melakukan jenayah tersebut di sekitar Sentul sejak lima bulan lalu turut merekrut 14 ahli baru.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sehubungan itu, polis kini memburu ahli-ahli baru tersebut yang masih bebas.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan setelah pihaknya mengintip pergerakan mereka ekoran lapan kes berkaitan ragut yang dilaporkan baru-baru ini.

Katanya, ketika ditahan pada pukul 4 petang di kawasan Jinjang, polis menemui dua buah telefon bimbit yang dipercayai baru mereka ragut.

''Susulan penahanan suspek, polis menahan seorang lagi lelaki yang disyaki ahli kumpulan itu di sebuah rumah di Jinjang Utara, kira-kira pukul 12.30 malam, hari yang sama.

''Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Khairi, selain meragut, pasangan suami isteri itu turut berperanan mengarahkan ahli-ahli yang direkrut untuk melakukan jenayah sama.

Beliau berkata, ahli-ahli itu akan diarah untuk mengenal pasti mangsa di terminal bas seperti Puduraya, Hentian Putra atau pasar raya dan berpura-pura menghulurkan bantuan sebelum meragut.

''Sasaran utama kumpulan ini juga ialah wanita yang dilihat bersendirian,'' katanya.

Difahamkan, rata-rata ahli yang direkrut baru sahaja tiba di ibu negara dan masih lagi mencari pekerjaan.
ALOR SETAR 24 Nov. - Seorang peniaga makanan yang menyembunyikan dadah dalam bilik air rumah isteri keduanya kira-kira lapan tahun lalu, dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar seberat 24,418 gram kanabis.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sofian Abdul Razak menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Jaafar Sidek Darus, 47, hari ini setelah keterangan pembelaannya didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, hakim tersebut juga mendapati lelaki itu gagal mengemukakan nama dua rakan tertuduh yang didakwa mempunyai kunci rumahnya.

''Pihak peguam bela juga tidak menyangkal bahawa tertuduh adalah penghuni rumah tersebut pada masa kejadian,'' ujarnya.

Jaafar Sidek disabitkan dengan tuduhan mengedar dadah berkenaan pada pukul 12.30 tengah hari, 23 Februari 2001 di rumah No. 97, Lorong Tanjung Indah, Taman Tanjung Indah, Kulim, dekat sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ridha Adha Subri sementara tertuduh diwakili peguam Jagdeep Singh Deo.
SHAH ALAM 24 Nov. - Akibat terlalu marah kerana dikenakan faedah yang tinggi ke atas wang RM10,000 yang dipinjamnya, seorang pemilik bengkel bertindak memukul seorang buruh dengan sebatang besi sehingga mati.

Bagi menyembunyikan jenayah tersebut, dia dengan bantuan seorang pelajar tingkatan lima yang bekerja sambilan di bengkelnya telah bertindak membakar mangsa bersama-sama kereta miliknya di jalan masuk ke sebuah ladang.

Setelah hampir dua tahun dibicara, A. John Donald, 31, hari ini menerima pembalasan apabila dia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh A. Saravanan, 29.

Sementara tertuduh kedua iaitu pesalah juvenil yang kini berusia 19 tahun pula diperintah ditahan di penjara untuk tempoh yang diperkenankan oleh Sultan Selangor mengikut Seksyen 97(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hakim Datuk Su Geok Yiam semasa membuat keputusan berkata, pembelaan kedua-dua tertuduh adalah rekaan semata-mata serta gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Menurut beliau, mahkamah tidak percaya dengan pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak terlibat dalam pembunuhan apabila mendakwa pergaduhan antara John Donald dan mangsa hanya disebabkan masalah perempuan.

Kata Hakim Geok Yiam, keterangan bahawa rakan sekelas tertuduh kedua, saksi pendakwa ke-16 merupakan individu yang bertanggungjawab memikir serta mencadangkan agar mayat mangsa dibakar juga sesuatu yang mustahil.

Di samping itu, jelas beliau, keterangan pembelaan tidak pernah timbul semasa kedua-duanya berada dalam tahanan polis atau dicadangkan oleh pihak pembelaan kepada saksi-saksi pendakwa semasa mereka memberi keterangan.

''Sekiranya pembelaan itu sesuatu yang benar, ia akan dicadangkan kepada saksi-saksi pendakwa kerana sesuatu yang benar tidak patut disembunyikan,'' katanya.

John Donald dan remaja itu didakwa membunuh A. Saravanan antara pukul 5.30 petang, 1 April dan 7.15 pagi, 2 April 2007 di jalan susur masuk ke Ladang Guru Nanak, Kilometer 28, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Serendah, Hulu selangor dekat sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Sree Devi Naidu.

Mengikut keterangan, saksi yang merupakan rakan sekelas tertuduh kedua semasa masuk ke bengkel John Donald pada hari kejadian, telah melihat lelaki itu memukul Saravanan dengan sebatang besi sebanyak dua hingga tiga kali di kepala.

Ketika itu, mangsa sedang duduk di atas mangkuk tandas dengan kepala tersandar di dinding serta dalam keadaan berlumuran darah.

Selepas itu, tertuduh kedua singgah membeli minyak petrol yang diisikan di dalam botol air mineral lalu membawa mangsa yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah kereta menuju ke sebuah ladang.

Mangsa kemudiannya dibakar bersama-sama keretanya sebelum ditemui dalam keadaan rentung oleh pihak polis.
PUTRAJAYA 24 Nov. – Pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah tidak perlu diadakan dalam tempoh terdekat.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan penangguhan interim (sementara) yang dipohon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap pengosongan kerusi DUN itu sementara menunggu rayuan didengar pada tarikh lain.

Dengan keputusan saat akhir yang diumumkan pukul 7.30 malam ini, SPR tidak perlu mengemukakan writ Pilihan Raya Kecil DUN Kota Siputeh yang sepatutnya dikeluarkan selewat-lewatnya esok.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie membenarkan permohonan SPR setelah berpuas hati bahawa isu perlembagaan yang dihujahkan itu belum pernah dibangkitkan di mahkamah.

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Hakim Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd. Rahim.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Sulong menyatakan, isu yang timbul adalah sama ada kegagalan ADUN menghadiri dua sidang Dewan boleh menyebabkan kerusi DUN dikosongkan di bawah Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (UTKNK).

Beliau turut menyatakan, persoalan undang-undang itu memerlukan tafsiran mendalam kerana ia melibatkan kepentingan dan polisi awam yang turut memberi kesan kepada perlembagaan negeri-negeri lain.

‘‘Kesahihan perintah pengosongan yang diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi itu perlu diuji di peringkat lebih tinggi kerana ia melibatkan tafsiran perlembagaan,’’ ujar beliau.

Hakim Sulong berkata, mahkamah mempunyai kuasa bagi mengeluarkan perintah penangguhan sementara di bawah Seksyen 44 Akta Mahkamah Kehakiman untuk mengekalkan status quo rayuan yang akan didengar kelak.

Menurut beliau, penangguhan terhadap perintah pengosongan itu tidak akan menyebabkan prejudis kepada kedua-dua pihak selain mengelak daripada berlangsungnya pilihan raya yang tidak perlu dan hanya membazirkan wang rakyat.

Sehubungan itu, Hakim Sulong berpuas hati bahawa alasan implikasi kewangan yang dihujahkan oleh SPR boleh dikategorikan sebagai keadaan istimewa.

Sementara itu, panel serupa turut menolak dengan kos permohonan penyandang kerusi DUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mereka memutuskan demikian setelah berpuas hati bahawa Abu Hassan tidak mempunyai hak tersebut ekoran kegagalannya membuat permohonan terdahulu ketika di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md. Said ketika berhujah mewakili SPR menyatakan, permohonan itu perlu dibenarkan bagi mengelakkan satu lagi pilihan raya kecil diadakan yang akan menelan perbelanjaan yang besar.

Beliau menyatakan, kos pilihan raya DUN Kota Siputeh yang lalu melibatkan peruntukan sebanyak RM200,000 dan ia menjadi sia-sia jika satu lagi pilihan raya kecil diadakan.

Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berhujah, permohonan SPR itu wajar ditolak kerana ia akan menyebabkan berlaku pelanggaran terhadap operasi perlembagaan kerana kerusi yang dikosongkan itu perlu diisi.

#SAYA TERINGAT CERITA DONGENG 'UNDANG-UNDANG KONEK HARIMAU' KARYA AZIZI HJ. ABDULLAH
KUALA LUMPUR 25 Nov. — Taktik seorang peniaga menjual minuman keras yang dipercayai diseludup dari luar negara kepada pelajar sekolah pada harga rendah terbongkar selepas lelaki itu ditahan pihak berkuasa di Taman Kosas, Ampang Jaya malam tadi.

Lelaki yang berusia 35 tahun itu ditahan di kedai runcitnya di Taman Kosas, selepas polis menjalankan intipan selama hampir tiga jam ekoran aduan penduduk setempat kira-kira pukul 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abd. Jalil Hassan berkata, polis yang membuat intipan sebelum pukul 8 malam lagi, mendapati suspek menjual arak kepada mereka di bawah umur pada waktu malam dengan harapan aktiviti itu tidak dikesan polis. - Bernama

Monday, November 23, 2009

AYER KEROH - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan merogol seorang gadis.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Mohd Radzi Rahim, 24, didapati merogol seorang gadis berusia 19 tahun di sebuah pondok di Batu 12, Kampung Belimbing Dalam. Kejadian tersebut berlaku pada 11 Jun 2008, kira-kira jam 9.45 malam.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asri Abd Rahman Sidik yang menawarkan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Markhan Sing, yang mewakili tertuduh meminta jaminan dikurangkan kerana tertuduh baru berkhidmat sebagai anggota polis. Bapa tertuduh hanya bekerja kampung dan tidak berupaya menjamin tertuduh dengan jumlah yang banyak. Markhan memohon kepada mahkamah agar jaminan yang dikenakan terhadap anak guamnya sebanyak RM5,000.

Hakim Elesabet Paya Wan menetapkan 5 Januari tahun depan bagi tarikh sebutan dan mengenakan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Sebelum itu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap bagi seorang lagi tertuduh iaitu Syed Saiful Hairi Syed Marzuki, 24, yang gagal hadir ke mahkamah. Waran tangkap itu dikeluarkan setelah hakim mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya yang memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh. Hakim juga menetapkan 5 Januari depan bagi tarikh sebutan. Tertuduh turut diwakili peguam bela sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang pekerja kilang dan seorang yang bekerja sebagai pengecat secara kontrak mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan hakim semalam, atas pertuduhan merogol gadis.

Mengikut pertuduhan yang dibaca berasingan, tertuduh, Mohd Rizal Mohd Zardi, 21, didapati merogol seorang gadis berusia 17 tahun di kawasan semak Bertam Ulu, Tanjung Minyak. Kejadian tersebut berlaku pada 10 Jun 2007, kira-kira jam 12.45 malam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Mohd Halim Yatim, 20, didapati merogol mangsa sama di tempat serta tarikh yang sama, kira-kira jam 1 pagi.

Pendakwaan dijalankan Mohd Asri yang menawarkan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh,

Mahdan Rengganathan Abdullah yang mewakili tertuduh meminta jaminan dikurangkan kerana tertuduh Mohd Rizal, bekerja di kilang plastik dengan gaji kira-kira RM600. Bapa tertuduh bekerja di sebuah sekolah rendah dan terpaksa menanggung adik-beradik tertuduh.

Manakala, tertuduh, Mohd Halim hanya bekerja sebagai pekerja pengecat kontrak dengan pendapatan kira-kira RM700.

Mahdan Rengganathan memohon kepada mahkamah agar jaminan yang dikenakan terhadap anak guamnya sebanyak RM5,000.

Hakim Elesabet mengenakan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh. Hakim menetapkan 5 Januari tahun depan bagi tarikh sebutan.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 20 tahun dan dikenakan sebatan.
SHAH ALAM - Keinginan seorang lelaki untuk merakam gambar seorang gadis yang sedang mandi mengundang padah setelah telefon bimbitnya terjatuh ke dalam bilik air sebelum diberkas bapa mangsa dalam kejadian di Taman Bunga Raya, Wangsa Maju dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek dikatakan memijak cermin yang diletakkan di bahagian luar rumah bagi memudahkannya untuk merakam aksi gadis berkenaan yang sedang mandi.

Bagaimanapun, tindakannya itu memakan diri sendiri apabila dia kemudiannya tergelincir menyebabkan telefon bimbit yang dipegangnya itu terjatuh ke dalam bilik air.

Menurut sumber polis, suspek tidak terus melarikan diri tetapi sebaliknya terus berjumpa dengan bapa mangsa untuk meminta tolong mengambil telefonnya itu.

“Suspek seakan-akan tidak menyesali tindakannya itu, dan terus berjumpa dengan bapa mangsa bagi meminta tolong mengambil telefonnya yang terjatuh itu.

“Bagaimanapun, tindakannya itu memerangkap dirinya kerana bapa mangsa merupakan seorang anggota polis, dan suspek terus dibawa ke balai polis,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan aib kepada wanita.
KOTA BHARU - Wakil delegasi Pas Pusat, Sallahuddin Ayub menyifatkan keputusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bukti integriti yang tinggi kerana menerima pandangan Pas Pusat dengan mengetepikan kepentingan keluarga dan dirinya demi perjuangan Islam dan parti.

“Tok guru menunjukkan sikap cukup tinggi nilai moralnya yang mengutamakan jemaah. Saya cukup sanjung tinggi integriti yang ditunjukkan tok guru (Nik Aziz) ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

Beliau berkata, sememangnya dalam pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jelas menyatakan peruntukan bahawa menantu atau anggota keluarga tidak boleh dilantik.

Salahuddin turut menafikan bahawa isu berkenaan merupakan isu yang besar di dalam Pas atau Kerajaan Negeri.

“Ini tak ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di Kelantan pada hari ini. Tok Guru buktikan beliau bercakap dan buat apa yang dia cakap. Ini satu integriti yang ditunjukkan seorang Menteri Besar Kelantan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menafikan isu yang membabitkan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akan meletak jawatan dan parti dan Kerajaan Negeri.

“Itu tak benar sama sekali. Sabtu lepas kami bermesyuarat di Kuala Lumpur. Beliau hadir dalam mesyuarat Pas Pusat.

“Tak timbul pun soal Datuk Husam letak jawatan. Jadi saya tak nampak ada satu kemelut besar di Kelantan,” katanya.
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pertuduhan terhadapnya dibatalkan kerana mendakwa laporan perubatan terhadap pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menunjukkan tiada berlakunya perbuatan liwat.

Peguam R. Sivarasa yang mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhujah, mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, adalah perlu dibuktikan daripada keterangan perubatan bahawa berlakunya perbuatan tersebut.

''Dalam kes ini, laporan perubatan dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan bahawa tidak berlakunya kemasukan (zakar ke dalam dubur). Ini sahaja telah cukup untuk mahkamah membatalkan pertuduhan kerana adalah jelas tiada kesalahan telah dilakukan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berhujah dalam permohonan untuk membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapi Anwar terhadap bekas pembantunya itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Anwar mengemukakan permohonan itu dengan alasan pertuduhan terhadapnya adalah berniat jahat (mala fide), menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Dalam permohonan yang difailkan pada 17 Jun lalu, Ketua Pembangkang itu juga mendakwa pertuduhan tersebut merupakan suatu konspirasi politik dan muslihat jahat sama seperti pertuduhan yang dihadapinya pada 1998.

Anwar turut mendakwa, walaupun wujud keterangan-keterangan daripada doktor-doktor pakar yang menolak berlakunya kejadian liwat ke atas pengadu, namun pihak pendakwaan masih meneruskan pendakwaan jahat terhadap beliau.

Anwar, 62, didakwa atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Sivarasa dalam hujahannya menyatakan, laporan perubatan Pusrawi menunjukkan tiada berlaku pendarahan atau kecederaan pada dubur pengadu malahan pemerhatian doktor menunjukkan dubur pengadu 'bersih, kering dan kelihatan normal'.

Walaupun begitu, katanya, afidavit balasan seorang daripada anggota pasukan pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria menyatakan pendakwa raya bergantung kepada keterangan lisan dan forensik berhubung kejadian itu.

Sivarasa juga berhujah, pihak pendakwaan berniat jahat dan menyalahgunakan proses mahkamah semasa membuat pertuduhan terhadap Anwar berikutan adanya campur tangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kes itu.

Walhal, menurutnya, terdapat laporan berhubung tindakan Abdul Gani yang didakwa mereka-reka keterangan berhubung kejadian 'mata lebam' pada 1998.

Sambil menafikan wujud konspirasi politik, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berhujah, laporan perubatan kedua-dua hospital itu tidak menyatakan tiada perbuatan liwat berlaku sebaliknya hanya mencatatkan 'tiada penemuan klinikal yang kukuh'.

Ini kerana, hujah beliau, doktor terbabit hanya membuat pemeriksaan fizikal terhadap Mohd. Saiful.

Di samping itu, beliau memaklumkan, laporan perubatan oleh doktor HKL turut mencatatkan penemuan 'campuran asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki daripada dua individu' di dubur pengadu.

Tegas Mohd. Yusof lagi, lebih banyak keterangan sedemikian akan dikemukakan semasa perbicaraan kelak, selain keterangan forensik dan lisan bagi menyokong pertuduhan yang dihadapi oleh Anwar.

Justeru, beliau memohon mahkamah menolak permohonan itu dan meneruskan kes tersebut dengan mendengar perbicaraan penuh sebelum memutuskan sama ada tertuduh disabitkan dengan tuduhan itu atau dibebaskan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah akan menentukan pada 1 Disember keputusan permohonan itu dan sebutan untuk kes liwat tersebut.
KANGAR 22 Nov. – Sebuah kedai pajak gadai Islam di Taman Sena Indah dekat sini kehilangan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM7 juta serta wang tunai sebanyak RM68,000 akibat dimasuki pencuri.

Ketua Polis Daerah Kangar, Pemangku Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku antara tengah malam tadi dan awal hari ini.

Katanya, pencuri memasuki premis itu melalui pintu belakang yang diumpil dan melarikan barangan kemas dan wang tunai itu.

Beliau berkata, polis menerima laporan kejadian itu pukul 12.30 tengah hari daripada kakitangan kedai itu.

Menurutnya, setakat ini polis belum mengenal pasti suspek dalam kejadian itu namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan dilakukan.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh pencuri secara berkumpulan dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

— Bernama
KUALA TERENGGANU 22 Nov. - Entah di mana silapnya, seorang pemuda bertindak di luar dugaan apabila sanggup mengacukan sebilah parang di leher ibunya sendiri.

Kejadian di Kampung Padang Leban, Bukit Payung dekat sini kira-kira pukul 1 petang itu bagaimanapun tidak berlarutan apabila polis berjaya menahan pemuda terbabit, tiga jam kemudian.

Suspek ditangkap oleh polis ketika menyorok dalam semak di belakang rumahnya selepas ibunya membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir baru pulang ke rumahnya.

Katanya, ketika sampai di rumah mangsa bagaimanapun dihalang oleh beberapa orang anaknya agar tidak memasuki rumah kerana bimbang dicederakan oleh suspek.

Bagaimanapun, katanya, mangsa berdegil dan tetap masuk ke rumah berkenaan.

''Suspek yang ketika itu berada di belakang rumah terus meluru masuk ke bilik tidur mangsa lalu meletakkan parang di lehernya.

''Anak-anak mangsa yang lain cuba meleraikannya. Bagaimanapun, suspek terus mengugut untuk mencederakan mangsa menyebabkan mereka takut untuk membantu,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini suspek dikatakan sering mengamuk bagaimanapun tidak diketahui punca dia bertindak demikian.

Ujarnya, mangsa yang bimbang kejadian tersebut berulang terus membuat laporan di Balai Polis Bukit Payung.

Tambah beliau, suspek ditahan kira-kira pukul 4 petang dan sedang disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan.
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menafikan khabar angin beliau akan melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan dan Exco kanan kerajaan negeri itu menegaskan, tidak pernah terlintas di hatinya untuk berbuat demikian.

Malah, katanya, desas-desus itu disifatkan sebagai antara agenda terancang untuk 'mematikan' kariernya yang masih belum berhasil.

Beliau yang menggelarkan dirinya sebagai murid dan budak tok guru (merujuk kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) berkata, tindakan mengambil cuti beberapa hari bagi merawat penyakit tulang belakangnya langsung tidak boleh dikaitkan dengan spekulasi meletak jawatan.

''Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?

''Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan. Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan Malaysia cuba 'mengagendakan' kami?" soalnya.

Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk Oh..., Mingguan Malaysia dalam blognya, cetusan-hati.blogspot.com.

Semalam, Mingguan Malaysia dalam laporan muka depannya menyebut mengenai kekusutan dalam Pas Kelantan terutama tentang khabar angin dikatakan Husam mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan negeri.

Namun, hasrat tersebut tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas dan Husam dipercayai diberikan cuti selama lima hari bermula kelmarin untuk berehat.

Tindakan Husam untuk melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan itu dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman, yang juga menantu kepada Nik Abdul Aziz.

Spekulasi mengenai peletakan jawatan tersebut diperkuatkan dengan dakwaan Husam yang dilaporkan oleh sebuah akhbar dan portal berita bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan melaga-lagakan dengan mentornya, Nik Abdul Aziz.

Husam dalam blognya mengakui laporan itu telah mencetuskan keadaan yang pelbagai termasuk menerima beratus khidmat pesanan ringkas (SMS), panggilan telefon sejak awal pagi bertanyakan mengenai perkara berkenaan.

''Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan. Dulu, saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar Pas. Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir,'' katanya.


ULASAN MUQOLLID: EN.IBRAHIM ALI,LAIN KALI JANGAN BERCAKAP JIKA ANDA SENDIRI TIDAK TAHU APA SEBENARNYA YANG YANG CAKAP.ANDA SEPATUTNYA LETAK JAWATAN AHLI PARLIMMEN PASIR MAS.
DALAM fiqh Islam, istilah Qanun (kanun) atau syariah ialah perundangan Islam atau perundangan syarak termasuk di bawah perundangan 'Undang-Undang Jenayah Syariah' atau 'Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah' - undang-undang syarak bersabit dengan kesalahan yang dilakukan seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jenayah syariah.

Ia membabitkan perbuatan atau perilaku jahat yang dilakukan seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

Jenayah mengikut takrifan fuqaha adalah khusus pada kesalahan membabitkan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib dikenakan hukuman qisas atau diyat.



Bagi kesalahan yang membabitkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jenayah yang umum, yang semua kesalahan wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta'zir.

Mengikut peruntukan hukum syarak yang disebutkan di dalam Quran dan hadis yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jenayah syariah, penjenayah didakwa apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat, atau ta'zir. Hukuman itu adalah tertakluk kepada kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah berkenaan.

Hukuman hudud adalah hukuman yang ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Quran dan hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda. Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun. Mereka yang melanggar aturan hukum Allah yang sudah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasul-Nya yang disebutkan di dalam Quran dan hadis adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Firman Allah SWT, "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." – (Al-Baqarah: 229)

Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak.

Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.


Minum arak atau minuman yang memabukkan, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.

Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih daripada jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan itikad kepercayaan.

Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum Allah.

(Sumber Qanun Jinayah Syariyah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadis oleh Bekas Mufti Sabah, Haji Said Ibrahim).
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam, menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah itu pada 16 November lalu, yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh di Kedah, sebagai kosong.

Berikutan itu, mahkamah mengekalkan keputusannya sebelum ini supaya pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh writ pilihan raya difailkan selewat-lewatnya Rabu ini.

SPR dalam reaksi serta merta mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan Putrajaya, petang semalam, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan mahkamah itu.



Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam menolak permohonan SPR dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sharif, berkata tiada alasan istimewa dan konklusif dikemukakan kedua-dua responden dalam permohonan penangguhan mereka.

Alizatul berkata, tindakan SPR mengumumkan Abu Hassan masih kekal sebagai wakil rakyat Kota Seputeh walaupun tidak hadir dua kali berturut-turut pada persidangan DUN Kedah, adalah tidak wajar.

"Walaupun saya bersetuju dengan hujah Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan yang berlaku secara kebetulan, namun SPR tidak boleh mengatasi kuasa Speaker dalam Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

"Perkara 51 menggariskan dengan jelas syarat yang menyebabkan kerusi responden pertama (Abu Hassan) menjadi kosong, iaitu mana-mana Adun yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker DUN, hendaklah mengosongkan kerusinya, oleh itu mahkamah mendapati ia menepati syarat.

"Mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujah responden yang menyatakan jika permohonan penangguhan mereka ditolak, ia akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil yang membabitkan perbelanjaan yang banyak... kerana adalah menjadi tanggungjawab dan tugas SPR untuk mengadakan pilihan raya jika kekosongan berlaku.

"Kedua-dua responden juga mendakwa jika permohonan penangguhan ditolak akan wujud keadaan khas di mana DUN Kota Seputeh berkemungkinan mempunyai dua wakil rakyat, seolah-olah prejudis terhadap Abu Hassan," katanya.

Alizatul berkata, perkara itu tidak menjadi persoalan kerana mahkamah yang akhirnya mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sama ada sesuatu pilihan raya itu sah atau tidak.

Pada prosiding itu, Kamaluddin mewakili SPR, Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Abu Hassan manakala Sulaiman Abdullah mewakili Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Pada 16 November lalu, Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN Seputeh kosong dan Abu Hassan bukan lagi wakil rakyatnya.

Berikutan itu, SPR dan Abu Hassan memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusannya.

Di PUTRAJAYA, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya sudah memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan, petang semalam.

"Sama ada writ pilihan raya bagi DUN Kota Siputeh perlu dikeluarkan oleh SPR bergantung kepada keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan, esok (hari ini).

"Jika Mahkamah Rayuan menolak rayuan kita, writ pilihan raya akan dikeluarkan selewat-lewatnya Rabu ini (esok)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam pada itu, Umno juga mengumumkan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan, hari ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata Hafarizam akan mengemukakan rayuan itu.

"Saya baru menghubungi beliau tadi dan sama ada Mahkamah Rayuan boleh membuat keputusan itu esok (hari ini) atau tidak, itu adalah sesuatu yang menarik kerana apa-apa pun SPR perlu membuat keputusan (tarikh pilihan raya, tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian) Rabu ini (esok)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Remaja 16 tahun hamil didakwa diperkosa sejak Julai

KUALA LUMPUR: Seorang remaja berusia 16 tahun yang tercicir dari persekolahan, dirogol berulang kali oleh majikannya di Sabak Bernam sejak beberapa bulan lalu hingga menyebabkan mangsa mengandung.

Sumber berkata, kejadian itu hanya disedari selepas mangsa mendedahkan perbuatan suspek berusia 48 tahun itu kepada ibunya baru-baru ini.



Sehubungan itu, mangsa dibawa membuat pemeriksaan di hospital dan laporan polis.

"Mangsa dikatakan kali pertama dirogol pada 26 Julai lalu, selepas kedai makanan majikannya ditutup pada malam hari berkenaan.

"Suspek dikatakan mengambil kesempatan ketika mangsa menukar pakaian dalam sebuah bilik stor di belakang premis itu dengan memberi mangsa minum kopi menyebabkan gadis itu tidak sedarkan diri.

"Sebaik sedar semula mangsa mendapati pakaiannya berada dalam keadaan tidak terurus serta kemaluannya mengalami kesakitan," katanya di sini, semalam.

Sumber itu berkata, suspek mengaku kepada mangsa dia merogolnya, namun mangsa takut mendedahkan perkara itu kepada pihak lain kerana diancam oleh suspek.

Katanya, suspek dikatakan mengambil kesempatan di atas ketakutan mangsa dengan terus merogolnya selepas itu.

Difahamkan, suspek yang berkahwin sudah ditahan dan disiasat kerana perbuatan itu.

Sunday, November 22, 2009

Tok guru nik aziz telah memberikan pandangan,idea,amaran yang sangat baik secara ikhlas sebagai seorang yang sangat merasa bertanggungjawab memimpin dan memelihara jamaah ini daripada dirosakkan oleh mereka-mereka yang berhati munafiq.Segala yang diperkatakan adalah satu isyarat diatas sifat sayangnya kepada jamaah ini setelah mengharungi segala keperitan dan rintangan untuk meletakkannya hingga ke tahap ini.Beliau berpandangan sebagai seorang ahli ilmu dengan merujuk kepada segala permasalahan fiqh dan tarikh yang telah telah berlaku terhadap perjuangan-perjuangan terdahulu.Sebagai pengikut,kita wajib mentaatinya selama beliau mentaati allah s.u.b.Perlu kita ingat bahawa nabi s.a.w pernah mengingatkan kita dengan sabda baginda "takutilah firasat (pandangan) seorang mukmin kerana ia melihat dengan haq (kebenaran)".
KUALA TERENGGANU - Penularan wabak taun yang menjangkiti 145 pesakit di Terengganu dikenal pasti berpunca daripada sejenis bakteria baru daripada jenis Vibrio Cholera dan ia dipercayai tersebar melalui ikan yang digunakan dalam perusahaan keropok.

Bakteria itu pertama kali dikesan di negara ini dan ia sama seperti Vibrio Cholera biasa tetapi mempunyai genetik protein yang berbeza.

Selain ikan, ia juga dikesan terdapat pada sampel ayam mentah dari Pasar Borong Gong Pauh, Wakaf Mempelam dan air dari beberapa buah kilang ais di sekitar negeri ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, hasil ujian makmal mendapati antara punca bakteria itu tersebar ialah melalui ikan yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand melalui Kompleks Perikanan Chendering yang kemudian digunakan dalam perusahaan keropok.

"Kuman (bakteria) taun baru itu menyebabkan pesakit sukar diubati pada peringkat awal sejak seminggu lalu, namun kementerian telah mengambil langkah segera dan berjaya menemui antibiotiknya selepas beberapa kajian dilakukan," katanya.

Semalam Tiong Lai melawat beberapa pesakit taun yang dirawat di sembilan wad pengasingan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Menurutnya, kajian yang telah dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan mendapati bakteria kolera itu daripada jenis berlainan yang tidak bertindak balas dengan antibiotik biasa.

"Tetapi sekarang kita sudah menemui antibiotik untuk menanganinya dan ia memberi keputusan yang baik kepada pesakit," katanya.
JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia merampas sebuah kapal yang membawa 75 tan bahan letupan dari Malaysia ke republik itu.

Siasatan juga sedang dijalankan mengenai kemungkinan terdapat kaitan penghantaran bahan letupan itu dengan keganasan di Indonesia.

Pegawai kastam, Nasar Salim berkata, bahan ammonia nitrat ditemui di atas sebuah kapal yang ditahan di Laut China Selatan.

"Walaupun ammonia nitrat yang dirampas itu juga boleh digunakan sebagai baja, tetapi 95 peratus import bahan tersebut digunakan untuk menghasilkan bom," katanya.

Menurutnya, polis kini sedang menyiasat 17 krew kapal selain cuba mengesan pemilik kapal berkenaan.

Indonesia menghadapi beberapa siri serangan pengganas sejak tahun kebelakangan ini yang menyebabkan lebih 250 orang terbunuh.

Pengeboman di dua hotel mewah di Jakarta pada Julai lalu menyebabkan tujuh orang maut dan lebih 50 lagi cedera.
TEMERLOH – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyerahkan memorandum mengandungi beberapa tuntutan terhadap Felda kepada Kerajaan Negeri Pahang untuk diberi perhatian dan tindakan.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, memorandum berkenaan menggariskan lima perkara yang diperjuangkan untuk generasi baru Felda, termasuk isu jaminan masa depan, peluang pendidikan, kuota anak peneroka dalam anak syarikat Felda, isu kediaman generasi baru dan gejala sosial di Skim Felda.

Menurutnya, memorandum itu juga mengemukakan lima tuntutan kepada Felda, iaitu meminta Kerajaan Negeri memainkan peranan kerana tanah berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

“Banyak lot kosong di Felda yang belum dimajukan, jadi Kerajaan Negeri boleh memajukan tanah-tanah berkenaan dengan membina unit –unit rumah untuk generasi baru Felda,” katanya kepada Sinar Harian.
KOTA BHARU - Krisis kepimpinan Pas Negeri Kelantan dilihat semakin memuncak dengan tindakan terbaru Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang mendakwa dirinya dijadikan mangsa konspirasi, kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Menurutnya, beliau sememangnya menjangkakan bahawa pergolakan akan berlaku memandangkan Husam sebelum ini telah dikaitkan dengan pelbagai dakwaan berhubung dengan perjalanan politiknya.

“Saya akui terdapat pelbagai spekulasi yang dikaitkan dengan Husam, ada yang kata beliau kini sakit dan mengambil cuti, tetapi tidak kurang juga yang mengatakan beliau meletakkan jawatan.

“Tetapi apa yang jelas, saya sifatkan krisis yang melanda Pas Kelantan cukup parah, berlakunya cantas mencantas antara satu sama lain, dulu perkara ini berlaku dalam UMNO sahaja tetapi ia telah merebak kepada Pas,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

ULASAN MUQOLLID: Firman Allah "Wahai golongan yang beriman!Sekiranya datang kepada kamu seorang fasiq dengan membawa sesatu berita,maka hendaklah kamu siasat supaya kamu tidak menimpakan satu kesan (tidak baik) terhadap sesatu kaum dengan sebab kejahilan (sesuatu yang kamu tidak tahu keadaan sebenarnya)".
KOTA BHARU 21 Nov. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai diculik dan dirogol oleh seorang bekas banduan selepas diperdayakan di Pengkalan Chepa di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, suspek yang berusia 27 tahun itu dikatakan memujuk mangsa yang keluar mencari adiknya di Taman Desa Kemumin kira-kira pukul 5 petang.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa menaiki motosikal sehingga ke Ketereh sebelum dirogol di sebuah rumah kosong.

"Suspek dikatakan meminta pertolongan mangsa memegang ais kiub yang dibelinya sebelum dibawa menaiki motosikal sehingga ke tempat kejadian.

"Setibanya di rumah kosong itu, kanak-kanak tersebut mendakwa dia telah dirogol oleh lelaki terbabit sebelum dihantar pulang di Jalan Padang Tembak di sini.

"Polis bagaimanapun berjaya menahan lelaki itu selepas dia membebaskan mangsa pada pukul 11.30 pagi ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mazlan berkata, siasatan polis mendapati, lelaki tersebut pernah dipenjarakan atas kesalahan pecah rumah pada tahun 2007.

Katanya, polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 363 dan 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan menculik dan merogol.

"Polis masih menyiasat sama ada suspek turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah," katanya.
JOHOR BAHRU 22 Nov. — Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan, kepala dan punggung di rumahnya di Taman Kota Masai, semalam.

Mayat Diana Saudi, 24, ditemui oleh jirannya pada kira-kira pukul 2 petang, kata Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Roslan Zainudin.

"Jiran wanita itu memberitahu polis bahawa mangsa dan teman lelakinya bergaduh pada malam sebelum mayat wanita itu ditemui,” katanya. - Bernama

Saturday, November 21, 2009

KUALA PILAH: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 90 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga kesalahan merogol seorang pelajar tingkatan empat di sebuah ladang getah di Gemenceh, Oktober tahun lalu.

Hakim Mabel S Muttiah menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Rizal Mohd Ghazalli, 33, selepas meneliti keseluruhan hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan tertuduh.

Beliau berkata mahkamah berpuas hati tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan sebaliknya pendakwaan berjaya membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah.

Ketika menjatuhkan hukuman itu, Hakim berkata, hukuman berat dijatuhkan supaya tertuduh insaf dan bertaubat serta mempelajari agama ketika dalam penjara.
GEORGETOWN: “Harapkan pagar, pagar makan padi”. Itulah yang berlaku apabila seorang guru yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada pelajarnya, sebaliknya mencalit peristiwa hitam apabila sanggup mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia lapan tahun.

Lebih memalukan, guru lelaki berusia 47 tahun itu sanggup bertindak rakus apabila meraba dan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.

Murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di daerah Seberang Prai Selatan (SPS) itu menjadi mangsa cabul dan seks oral guru sekolahnya, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tuanku Said, mengesahkan kejadian itu.
AMPANG: Seorang lelaki yang kemaruk seks sempat meraba dada seorang pelajar perempuan selepas dua hari memerhatikan gerak-geri gadis berkenaan, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pelajar berusia 15 tahun itu dalam perjalanan ke sekolahnya di Keramat, dekat sini, untuk menjalani latihan menari.

Bagaimanapun, sejurus tiba di lorong berhampiran sekolahnya, mangsa dihampiri seorang lelaki yang ketika itu memandu kereta Perodua Myvi berwarna putih sebelum pemandunya meraba dada mangsa.

Menurut sumber polis, mangsa yang ketakutan melarikan diri manakala pemandu terbabit memecut kenderaannya.
KUALA SELANGOR: Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke kebunnya lari lintang pukang selepas terlihat mayat seorang lelaki yang masih berasap di kawasan belukar, di Jalan Paip Off Jalan Timur Tambahan, kira-kira 500 meter dari Universiti Industri Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya, dekat sini, kelmarin.

Lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan ke kebunnya untuk meninjau tanamannya yang ditenggelami air akibat banjir sebelum melihat organ menyerupai manusia sedang terbakar.

Dia kemudian terus bergegas meninggalkan kawasan itu sebelum menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan mayat berkenaan.

Ketua Polis Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, berkata polis yang menerima panggilan daripada mangsa kira-kira jam 6.45 petang kemudian bergegas ke lokasi kejadian.
KUANTAN: Alasan tidak masuk akal apabila seorang nenek mendakwa cucunya terkena seterika panas di beberapa bahagian badan akibat perbuatan kanak-kanak itu sendiri, sekali gus mengundang curiga menantunya yang juga bapa budak perempuan berusia dua tahun terbabit yang mengesyaki anaknya didera.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Selasa lalu, lelaki terbabit yang berada di tempat kerjanya di Indera Mahkota di sini, menerima panggilan telefon daripada isterinya memaklumkan anak mereka yang dijaga wanita berusia 49 tahun itu cedera.

Bapa berusia 32 tahun yang juga seorang mekanik bergegas ke rumah ibu mentuanya di Kampung Tengah di sini, bagi mendapatkan kepastian.

Namun, setiba di sana, dia terkejut mendapati kecederaan dialami anak sulungnya itu tidak mungkin akibat perbuatan sendiri kerana kesan melecur terdapat pada muka dan kedua-dua tangan.

RAMALLAH - Seramai 423 kanak-kanak Palestin hidup di penjara Israel dalam keadaan sukar dan teruk, kata Menteri Hal Ehwal Sosial Palestin, Majidah Al-Masri.

Majidah menyifatkan tindakan memenjarakan kanak-kanak tersebut sebagai satu penyalahgunaan psikologi dan pencabulan yang dilakukan Israel selain menafikan hak kanak-kanak di Gaza daripada menjalani kehidupan selamat di wilayah itu.

Kenyataan beliau itu diucapkan dalam satu sidang media di bandar raya Ramallah, Tebing Barat sempena majlis Ulang Tahun Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Asasi Kanak-Kanak yang ke-20.

Konvensyen menegaskan bahawa tindakan mengurung kanak-kanak adalah hukuman terakhir dan tidak sepatutnya dilakukan dalam jangka masa panjang.
SHAH ALAM - Seorang remaja yang terpedaya janji manis teman lelaki untuk berubat bagi 'membuang sial' dalam dirinya, dirogol dua kali di sebuah rumah kongsi di Ladang Yayasan, Pulau Carey, Banting dekat sini, Selasa lalu.

Mangsa yang berumur 13 tahun itu sanggup mengikut teman lelakinya, warga Indonesia berusia 31 tahun dari rumahnya di Melaka ke Banting dengan menaiki bas sehari sebelum kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Muhammad Radzi Ishak berkata, mangsa terpedaya dengan kata-kata suspek dan tanpa berfikir panjang mengikut pasangannya itu.

“Mangsa yang di bawah umur itu dibawa menginap di rumah suspek dengan alasan upacara perubatan itu akan dilakukan awal pagi di rumah tersebut.

“Bagaimanapun tiada sebarang rawatan membuang sial dilakukan tetapi sebaliknya mangsa dirogol dua kali oleh suspek,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian dekat sini, semalam.
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berada di tangga ke 42 daripada 500 tokoh Muslim berpengaruh di dunia berdasarkan daftar yang dibuat oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center (RISSC) melalui buku 'The 500 Most Influential Muslims In The World' tahun 2009.

Mendahului senarai tersebut ialah Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz, Pemimpin tertinggi Iran, Syed Ali Khamenei, Raja Morocco, Raja Mohammed IV, Raja Jordan, Raja Abdullah II Al Hussein, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan.

Turut tersenarai dalam tokoh 50 teratas ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang berada di tangga ke-24.

Nama tokoh lain dari negara ini yang turut disenaraikan dalam buku sulung RISSC itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Nama Anwar disenaraikan dalam 12 tokoh kategori 'honorable mention' kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai pengaruh yang hampir setanding dengan tokoh-tokoh yang berada dalam senarai 50 tokoh teratas.
Philip Morris anggap ganti rugi melampau

LOS ANGELES: Mahkamah di Florida mengarahkan syarikat rokok, Philip Morris USA membayar ganti rugi AS$300 juta (RM1 bilion) kepada seorang bekas perokok yang kini terpaksa bergerak dengan kerusi roda kerana paru-parunya rosak.

Juri di Mahkamah Daerah Broward kelmarin menilaikan perbelanjaan perubatan lampau dan masa depan ditanggung Cindy Naugle, sebanyak AS$56.6 juta (RM198 juta) perlu dibayar syarikat rokok itu.

Selain itu, Philip Morris juga diarah membayar ganti rugi punitif AS$244 juta (RM854 juta).

Keputusan yang dibuat itu merupakan ganti rugi paling besar pernah diarahkan mahkamah dalam kes membabitkan bekas perokok menyaman syarikat rokok.

Philip Morris akan membuat rayuan terhadap keputusan itu berikutan mereka berpendapat hakim "membuat beberapa kesilapan," kata jurucakapnya, Murray Garnick dalam satu kenyataan.

"Kami percaya ganti rugi punitif yang dikenakan terlalu tinggi dan melanggar perlembagaan dan undang-undang negeri," kata Garnick.

Naugle, 61, mula merokok pada 1968 ketika berusia 20 tahun kerana berpendapat ia membuat beliau kelihatan lebih matang sebelum menghentikan tabiat buruk itu pada 1993.

Naugle memberitahu juri bahawa beliau tidak mungkin menghisap rokok jika syarikat tembakau mendedahkan apa yang mereka ketahui iaitu rokok mengandungi nikotin, sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan.

Kes Naugle itu adalah di antara 8,000 kes difailkan terhadap syarikat rokok selepas Mahkamah Agung Florida pada 2006 memutuskan perokok boleh menyaman syarikat rokok. - Reuters
LUCKNOW: Sekumpulan suami di India yang tidak tahan dengan 'leteran' isteri masing-masing, mendesak kerajaan mewujudkan sebuah pertubuhan bagi melindungi dan mengatasi masalah mereka.

Kumpulan lelaki berkenaan mengenakan pakaian tradisional yang dipakai oleh pengantin, berarak di bandar Lucknow di utara India, bagi mendesak penubuhan sebuah suruhanjaya kebangsaan bagi lelaki.

Presiden Jawatankuasa Kebajikan Seluruh India bagi Suami, Indu Pandey, berkata statistik menunjukkan ada unsur penyalahgunaan salah satu seksyen di dalam Kanun Keseksaan yang bertujuan melindungi wanita daripada suami mereka.

“Desakan agar undang-undang ini dipinda dikemukakan beberapa kali. Justeru, kami menentang undang-undang ini,” kata Pandey. - Reuters

Thursday, November 19, 2009


LOS ANGELES - Beberapa batu besar ditemui saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) telah bergerak di padang pasir Taman Negara Death Valley, lapor sebuah akhbar semalam.

Batu-batu itu yang ada mencecah sehingga 108 kilogram mencetuskan kebingungan di kalangan penyelidik kerana ia bergerak walaupun suhu panas setinggi 50 darjah Celsius.

Mereka mendapati, batu-batu di gurun yang terkenal di California itu dipercayai mampu 'mengembara' sejauh 320 meter setahun dan meninggalkan jejak laluan.

Saintis-saintis negara itu percaya, fenomena aneh tersebut disebabkan oleh keadaan cuaca spesifik yang datang bersama dengan tiupan angin kencang selaju 145 kilometer sejam.

Ia dipercayai berlaku akibat pembentukan ais pada waktu malam dan lapisan nipis tanah liat basah di permukaan gurun itu yang membantu menolak batu berat tersebut ke satu arah tertentu.

Jurugambar Mike Byrne, 40, mengambil masa bertahun-tahun untuk merakamkan foto-foto misteri pergerakan batu berat itu yang disifatkan sebagai kejadian amat pelik.

Dia berkata: "Beberapa batu itu mempunyai berat seperti seorang manusia.

"Adalah sesuatu yang amat ganjil untuk berimaginasi bahawa ia bergolek di gurun seperti ini.

"Batu itu bergolek di atas tanah dan saya tidak percaya terdapat seseorang yang melakukannya." - Agensi
KOTA BHARU - Seramai lima anggota polis termasuk seorang pegawai ditahan selepas dikesan positif dadah dalam pemeriksaan air kencing di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka ditahan dalam operasi Lembaga Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman yang melakukan pemeriksaan mengejut pada pukul 3 petang.

Menurut beliau, pegawai polis yang ditahan itu berpangkat Asisten Supritendan Polis (ASP) manakala empat lagi membabitkan anggota polis berpangkat Lans Koperal.

"Dalam operasi itu seramai 300 orang anggota dan pegawai di kem itu diwajibkan melakukan ujian air kencing.

"Daripada 300 orang itu, lima anggota polis berusia 20 hingga 50 tahun itu didapati positif mengambil dadah," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Kata Abdul Rahim, operasi tersebut dilakukan secara mengejut dan ia bertujuan mengesan anggota dan pegawai polis yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
ALOR SETAR- Seorang kanak-kanak, Nur Afza Adlina Ibrahim, tiga tahun menjadi mangsa ragut seorang wanita lingkungan lewat 40-an ketika bersama ibunya membeli barangan keperluan di Pasar Sehari, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 11.15 pagi, kelmarin.

Ibu mangsa, Hamidah Ishak, 46, berkata, ketika kejadian dia langsung tidak menyedari rantai leher anaknya itu diragut dari belakang.

Menurutnya, dia menyedari rantai anaknya diragut setelah diberitahu oleh beberapa peniaga yang nampak kejadian tersebut.

“Saya langsung tidak sedar bila peragut itu merentap rantai leher anak saya, sehinggalah peniaga di situ memberitahu saya.

“Saya diberitahu peniaga di situ bahawa peragut itu juga sudah beberapa kali menjalankan kegiatan ragut di sekitar pasar tersebut tetapi mereka tidak mempunyai bukti untuk menangkapnya.

“Jadi apabila pagi tadi mereka (peniaga) ternampak peragut wanita itu mencari mangsa, mereka pun mengekori peragut itu dan terus menangkapnya sebaik sahaja dia meragut rantai anak saya,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini.

Hamidah berkata, kebiasaannya anaknya itu pandai berkata-kata, tetapi pelik ketika kejadian dia langsung tidak memberitahu saya apa-apa.

Menurutnya, ketika kejadian, peniaga di situ memberitahu bahawa peragut itu berusaha dua kali merentap rantai leher anaknya itu sehingga putus tetapi akhirnya gagal apabila dia berjaya ditangkap.

“Walaupun anak saya ada mengadu sakit, namun tiada kesan cedera di lehernya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Fiesal Libertus Abdullah mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, suspek yang berumur 45 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39 (2) dan Seksyen 117 Kanun kesalahan jenayah kerana merompak.ALOR SETAR- Seorang kanak-kanak, Nur Afza Adlina Ibrahim, tiga tahun menjadi mangsa ragut seorang wanita lingkungan lewat 40-an ketika bersama ibunya membeli barangan keperluan di Pasar Sehari, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 11.15 pagi, kelmarin.

Ibu mangsa, Hamidah Ishak, 46, berkata, ketika kejadian dia langsung tidak menyedari rantai leher anaknya itu diragut dari belakang.

Menurutnya, dia menyedari rantai anaknya diragut setelah diberitahu oleh beberapa peniaga yang nampak kejadian tersebut.

“Saya langsung tidak sedar bila peragut itu merentap rantai leher anak saya, sehinggalah peniaga di situ memberitahu saya.

“Saya diberitahu peniaga di situ bahawa peragut itu juga sudah beberapa kali menjalankan kegiatan ragut di sekitar pasar tersebut tetapi mereka tidak mempunyai bukti untuk menangkapnya.

“Jadi apabila pagi tadi mereka (peniaga) ternampak peragut wanita itu mencari mangsa, mereka pun mengekori peragut itu dan terus menangkapnya sebaik sahaja dia meragut rantai anak saya,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini.

Hamidah berkata, kebiasaannya anaknya itu pandai berkata-kata, tetapi pelik ketika kejadian dia langsung tidak memberitahu saya apa-apa.

Menurutnya, ketika kejadian, peniaga di situ memberitahu bahawa peragut itu berusaha dua kali merentap rantai leher anaknya itu sehingga putus tetapi akhirnya gagal apabila dia berjaya ditangkap.

“Walaupun anak saya ada mengadu sakit, namun tiada kesan cedera di lehernya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Fiesal Libertus Abdullah mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, suspek yang berumur 45 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39 (2) dan Seksyen 117 Kanun kesalahan jenayah kerana merompak.
KUALA LUMPUR – Menyedari tembelangnya pecah dan sedang diburu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) serta orang ramai yang pernah terpedaya dengan tipu muslihat- nya, seorang lelaki yang mengaku dirinya ustaz menghilangkan diri sehingga kini.

Bekas pembantu ‘ustaz’ terbabit yang enggan dikenali berkata, sebelum kegiatan penipuannya diketahui ramai, ‘ustaz’ terbabit giat mengadakan ceramah dan kuliah agama di masjid serta surau di sekitar Lembah Klang.

Katanya, setiap kali memberikan ceramah atau kuliah agama, ‘ustaz’ itu pasti memberitahu jemaah surau dan masjid bahawa dia menguruskan sebuah sekolah tahfiz serta memerlukan sumbangan bagi membiayai sekolah berkenaan.

“Kutipan yang diperoleh agak lumayan dan selama tiga bulan saya ikut dia, dia bagi ceramah manakala saya akan tunggu di luar dengan tabung untuk mengutip sumbangan bagi sekolah tahfiz yang sebenarnya tidak wujud,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, kelmarin.

Beliau berkata, sepanjang Ramadan lalu, selain menerima banyak wang zakat, mereka turut memperoleh wang dengan menjual buah kurma dan jus kurma yang kononnya telah dijampi ‘ustaz’ terbabit dengan ayat-ayat yang boleh menghalau jin dan syaitan.

“Di penghujung ceramah dia akan cakap dia ada bawa produk di belakang, buah kurma dan jus kurma, katanya tak perlu takut kalau makan kurma itu cuma pantangnya selepas makan jangan memandu.

“Kalau makan kena berehat dahulu kerana takut nanti kepala rasa berat, mengantuk tetapi kalau nak elak semua itu kena minum jus kurma yang dijualnya.
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap bekas pengawal keselamatan yang mengaku salah menyebabkan kematian seorang lelaki dengan niat hendak mengajar mangsa yang bercakap bohong.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid memerintahkan hukuman terhadap P Prem Anand, 29, bermula daripada tarikh dia ditangkap.

Prem Anand mengaku besalah menyebabkan kematian S Thavan, 38, pada jam 7.40 pagi, 21 April 2005 di Kilang Reka Cipta Jais, Lot 10, Jalan CJ 1/16, Kawasan Perusahaan Cheras Jaya, Balakong, Hulu Langat, dekat sini.
SHAH ALAM – Seorang wanita membuat satu laporan polis mendakwa dia dicabul duta asing dari sebuah negara Timur Tengah ketika mengunjungi pejabat kedutaan berkenaan di Jalan U-Thant.

Mangsa yang berumur dalam lingkungan 20-an itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Selasa lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa yang juga ejen jualan mendakwa dia turut diraba selain pipinya dicium suspek ketika mengunjungi pejabat kedutaan tersebut.

“Pada mulanya suspek suspek mencium pipi mangsa dan apabila mangsa cuba mengelak, suspek bertindak menolak mangsa sebelum mencium mulutnya.

“Suspek kemudiannya memeluk mangsa dan mengambil kesempatan meraba tubuhnya sebelum melepaskan wanita terbabit,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa turut memberitahu suspek menghubunginya beberapa kali selepas kejadian tersebut dipercayai bagi memohon maaf.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul.
KOTA BHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat tidak bersalah dalam isu tajaaan menunaikan tajaan haji di Makkah oleh individu tertentu.

Beliau secara peribadi berkata, isu tersebut sudah selesai dan berdasarkan laporan akhbar, Mursyidul Am Pas itu menjawab soalan wartawan dengan ‘jujur’ menunjukkan beliau tidak bersalah sekiranya menerima tajaan tersebut.

“Secara peribadinya saya rasa dia tidak bersalah. Lagipun dia (Nik Aziz) tidak pergi ke Makkah bagi haji yang ditaja. Mungkin kerana jawatannya sebagai Menteri Besar menyebabkan isu tersebut menjadi kontroversi.

ULASAN MUQOLLID: Sepatutnya nazri tak payah lah main 'rasa-rasa'.Seolah ego mahu menerima kenyataan.Sepatutnya juga mereka-mereka diluar sana paham benar-benar antara tajaan (saya lebih suka menggunakan perkataan 'infaq') dengan rasuah.Didalam islam tak ada istilah tajaan.samada infaq atau rasuah.Infaq terbahagi kepada 3 bahagian sahaja.pertama,infaq wajib.kedua,infaq sunat.ketiga infaq haram.infaq wajib dan sunat kita sudah maklum.infaq haram ialah pemberian kepada ahli maksiat yang akan semakin bertambah maksiatnya dengan pemberian itu.Rasuah pula ditakrifkan sebagai 'Satu pemberian yang mana tujuannya ialah samada untuk membenarkan perkara yang salah ataupun untuk menyalahkan perkara yang benar'.Jadinya,'tajaan' adalah soal hukum,bukan soal individu tertentu ataupun pangkat.tidak ada salahnya jika tok guru menerima tajaan untuk menunaikan haji sekiranya tajaan itu bukan bertujuan supaya tok guru membatalkan yang haq ataupun menjadikan betul perkara yang batil.sekiranya ianya berlaku kepada orang yang tidak berpangkat atas tujuan supaya ia menyembunyikan perkara yang haq,maka sudah tentu salah juga disisi agama.maka,tajaan ini adalah soal hukum,bukan soal pangkat atau jawatan.minta mufti perak kaji semula kenyataannya.Wallahua'lam.
TUMPAT - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, sudah sampai masa baginya membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

“Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pondoknya di sini, semalam.

ULASAN MUQOLLID:Adakah layak seorang pengasas sebuah institusi pondok yang juga merangkap ahli majlis tertinggi persatuan pondok kelantan bercakap seperti seorang jahil? (“Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pondoknya di sini, semalam.)beginikah cara seorang yang mungkin dianggap seorang guru pondok mengeluarkan kenyataan?ini bukan lagi satu 'teguran' tetapi menuduh dengan satu perkataan yang amat keji iaitu 'sesat'.seorang menteri yang juga pendakwah yang amat ikhlas menyampaikan ilmu tidak sepatutnya dituduh sebegini rupa.
saya tertanya-tanya apakah maksud 'sesat' yang dinyatakan oleh en.abdullah saamah terhadap tok guru nik aziz?adakah 'sesat' itu bermaksud 'kufur'?jika begitu maksudnya en.saamah perlu perhatikan kembali sebuah hadis nabi s.a.w 'sesiapa yang mengatakan kafir kepada seorang muslim,maka kalimah kafir akan pergi kepadanya samada betul perkataannya itu atau kalimah itu akan kembali kepada si pengata'.(atau sebagaimana yang ia sabdakan.Wallahua'lam.
KUALA LUMPUR 18 Nov. - Tidak datang bertugas masih merupakan kesalahan tatatertib tertinggi yang dilakukan oleh kakitangan awam dalam tempoh bulan Julai hingga September tahun ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, daripada 314 kakitangan yang terbabit dalam kesalahan tersebut, 294 daripadanya membabitkan kumpulan sokongan sementara 20 yang lain terdiri daripada kumpulan pengurusan dan profesional.

Beliau berkata, kesalahan tersebut mencatatkan sebanyak 54.5 peratus daripada kes kesalahan keseluruhan. Ia diikuti kesalahan pelanggaran tatakelakuan iaitu 27.1 peratus.

"Bagi kesalahan lain, seramai 46 pegawai awam terlibat dengan kes mahkamah manakala mereka yang terlibat dengan Akta Dadah Berbahaya 1952 ialah seramai 16 orang,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.

Bagaimanapun Ismail berkata, bilangan pegawai awam yang dikenakan tindakan tatatertib bagi suku ketiga tahun ini berkurangan kepada 566 orang berbanding 685 orang dalam suku yang sama tahun lepas.

"Penurunan sebanyak 21 peratus itu berikutan peranan proaktif yang dimainkan oleh Ketua Jabatan dan Pihak Berkuasa Tatatertib.

"Ketua-ketua jabatan didapati memainkan peranannya dalam menjalankan tugas kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai yang terlibat,'' katanya.
Arah kiblat adalah di mana umat Islam menghadapkan diri mereka apabila menunaikan solat dan perkara-perkara yang disunat menghadap ke arahnya.

Ahli falak menakrifkan ia adalah arah ke kaabah yang terdekat di atas blob bumi. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah wajahmu ke aras Masjidil Haram...(al-Baqarah: 149)

Disebabkan kedudukan Malaysia yang berada jauh dari Mekah, maka ulama berijtihad dalam menentukan arah kiblat. Sebabnya, ulama sepakat bahawa menghadap ke kiblat adalah syarat sah solat.

Bagi yang mengambil sikap tidak apa jika arah kiblat lari satu atau dua darjah, ketahuilah satu darjah bermakna kita lari 126 kilometer dari kaabah.

Bagi Mazhab Syafie ada tiga kaedah berhubung syarat sah menghadap kiblat:

1. Kiblat yakin- bagi orang yang berada di Masjidil Haram, wajib menghadapnya dengan yakin (melihat) atau menyentuhnya (bagi yang cacat penglihatan) atau dengan cara lain yang boleh dipastikan asal ada keyakinan.

2. Kiblat zonni- bagi yang berada jauh dari Masjidil Haram hendaklah menghadap ke arah masjid secara zonni iaitu melalui pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk Mekah.

3. Ijtihad- Bagi seseorang yang berada di luar Tanah Suci Mekah, hendaklah menghadap ke arah Tanah Suci dengan tujuan menghadap Masjidil Haram atau kaabah. Ini bergantung kepada ijtihadnya untuk melaksanakan tuntutan syarak.

Kaedah menentukan kiblat

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi menentukan arah kiblat sama ada cara moden atau tradisional. Antaranya:

l Berpandukan buruj orion

Buruj ini dikenali sebagai buruj kiblat atau bintang kiblat. Ia mempunyai tiga bintang berderetan iaitu Mityaka, An-Nilam dan an-Nitak.

Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan ketiga-tiga bintang ini ke arah barat. Namun, buruj ini boleh kelihatan pada bulan tertentu sahaja iaitu:

a) Julai- Pada waktu subuh.

b) Disember- Kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam.

c) Mac- Berada di tengah-tengah langir pada waktu maghrib.

l Berpandukan bintang qutbi atau kutub

Bintang qutbi menunjukkan arah utara benar. Bintang ini terletak dalam buruj yang dinamakan 'Biduk Kecil' dan berada di hujung tangkai buruj.

Ia berada di langit Malaysia waktu tengah malam pada Julai hingga Disember setiap tahun. Arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68 darjah (bagi Malaysia) ke kiri dari bintang qutbi.

l Berpandukan matahari terbenam

Kaedah ini semata-mata adalah tidak tepat. Sebabnya, matahari sentiasa berubah iaitu enam bulan ke utara dan enam bulan ke selatan.

Maka pengetahuan akan perbezaan azimut matahari terbenam dengan azimut kiblat amat penting bagi menentukan arah kiblat yang betul.

l Matahari istiwa' di atas kaabah

Di Malaysia peristiwa ini akan berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei pukul 5.16 petang dan 16 Julai pukul 5.28 petang.

Apabila peristiwa ini berlaku, bayang-bayang sesuatu objek akan menunjukkan arah ke kaabah.

Perlu diingat, memandangkan fenomena ini berlaku waktu petang, maka bayang objek akan jatuh ke arah timur. Oleh itu, arah yang menunjukkan kiblat adalah bayang yang menghadap ke arah objek itu.

l Tongkat istiwa'

Kaedah ini adalah kaedah tradisional bagi mendapatkan arah utara dan selatan pada sesuatu tempat. Ia bukan sahaja mudah tetapi tetapi. Bagaimanapun, ia perlu mengikut enam cara yang ditetapkan.

l Penggunaan rubu' mujayyab

Ini adalah kaedah tradisional yang digunakan sejak berkurun lamanya. Alat serbaguna ini direka oleh seorang ahli falak yang terkenal di Syria pada abad ke-14 iaitu Ibn Syatir.

Ia berbentuk sukuan yang diguna bagi mengukur ketinggian matahari atau objek di langir, arah kiblat, waktu solat, kedudukan (longitud dan latitud) sesuatu tempat serta menyelesaikan masalah hitungan dengan mudah.

l Penggunaan kompas

Kompas adalah alat yang mudah diperoleh dan diguna untuk menentukan arah kiblat. Cara menggunakannya perlu betul kerana alat tersebut amat sensitif dengan tarikan magnetik seperti besi, arus elektrik, alat elektronik dan sebagainya.

Namun ia masih boleh digunakan sebagai langkah ijtihad terakhir dalam menentukan arah kiblat. Kegunaannya adalah untuk peribadi sahaja.

l Arah kiblat dalam kapal terbang dan laut

Jika penumpang tidak dapat menghadap kiblat disebabkan keuzuran atau kesukaran, maka dia wajib tunaikan solat pada waktu itu. Maka bolehlah dia melakukannya sekalipun tanpa menghadap kiblat demi menghormati waktu. Namun, ia wajib mengulanginya solat itu apabila tiba di destinasi.

l Arah kiblat dalam hutan

Jika tersesat dalam hutan pada waktu malam sedangkan kita tidak dapat mengesan arah kiblat, ketika dalam darurat itu bolehkah menghadap ke arah mana pun yang kita anggap betul.

Pada ketika itu, yang paling penting ialah kiblat hati iaitu Allah SWT