Showing posts with label petikan kitab. Show all posts
Showing posts with label petikan kitab. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

WAHB bin Munnabbih berkata, "Ada seorang ahli ibadat Bani Israel akan disesatkan oleh syaitan tetapi gagal. Pada suatu hari ia keluar kerana ada urusan lalu diikuti syaitan untuk mencari kesempatan menyesatkan alim itu. Syaitan berusaha menaikkan syahwat dan kemarahannya tetapi kecewa. Lalu syaitan menimbulkan ketakutannya maka dibayangkan kepadanya seolah-olah batu besar dari bukit akan menimpanya tetapi alim itu selalu berzikir kepada Allah sehingga terhindar.

Adakalanya syaitan menyerupai singa dan binatang buas tetapi semua itu tidak dihiraukan dan ada kalanya syaitan menyerupai ular yang melingkari kakinya ketika sembahyang. Ketika sujud ular itu membuka mulutnya seakan-akan hendak menelan kepalanya maka ia hanya menyingkirkan dengan tangannya sampai dapat bersujud.

Ketika selesai sembahyang syaitan datang kepadanya dan berkata: “Aku sudah usaha untuk menyesatkan kamu tetapi tidak dapat, dan kini saya akan berkawan saja denganmu. Jawabnya: “Sedang ketika kau menakutkan aku, alhamdulillah aku tidak takut, kini saya tidak ingin bersahabat dengan engkau.”

Lalu syaitan berkata: “Apakah kau tidak tahu bagaimana keadaan keluargamu sepeninggalan kamu? Jawabnya, “Aku sudah mati sebelum mereka.” Syaitan berkata: “Adakah kamu ingin bertanya bagaimana aku dapat menyesatkan anak Adam? Jawabnya, “Bagaimana kamu menyesatkan anak Adam? Jawab syaitan dengan tiga macam; Bakhil (kikir) dan marah dan mabuk. Sebab manusia jika bakhil kami bayangkan kepadanya bahawa hartanya sangat sedikit sehingga ia sayang untuk mengeluarkan untuk kewajipannya.

Apabila ia marah, kami akan mempermainkan ia sebagai anak kecil bermain bola, meskipun ia dapat menghidupkan orang mati dengan doanya, kami tetap tidak patah harapan untuk dapat menyesatkannya, sebab ia membangun dan kami yang merobohkan dengan satu kalimat saja.

Demikian pula jika seorang mabuk maka kami akan mendorongnya dengan mudah kepada segala kejahatan sebagaimana kambing ditarik sesuka kami. Di sini syaitan menyatakan bahawa orang yang marah jatuh di tangan syaitan bagaikan bola di tangan anak-anak, kerana itu seorang harus sabar supaya tidak jatuh dalam tawanan syaitan dan tidak sampai gugur dalam perbuatannya.

Sumber Tanbihul Ghafilin
Tersebut didalam shahih Bukhari sebuah hadis dari Aie’syah r.a “Abu Bakar adalah seorang lelaki yang banyak menangis.Beliau tidak mampu menguasai matanya apabila membaca al-quran”.
Ibnu abiddunya meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “apabila tubuh seseorang gementar kerana takut kepada Allah,maka gugurlah dosa-dosanya sepertimana daun yang berguguran dari pohon yang kering”.
Muhammad bin Ka’ab Alqurozi berkata “tidak ada sesatu pengabdian yang paling disukai oleh Allah daripada meninggalkan maksiat”.
Alhasan Basri r.a berkata “wahai anak Adam (manusia)! Meninggalkan kejahatan (dosa) itu lebih mudah daripada mencari taubat”.
Bilal bin Sa’ad berkata “janganlah kamu memandang kecil tiap kesalahan,tetapi pandanglah siapa yang kamu derhakakan itu”.
Tersebut didalam shahih Bukhari sebuah hadis dari Ibnu Mas’ud r.a “seorang mukmin melihat dosanya itu bagai sebuah gunung yang dikhuatiri akan menimpanya sedangkan seorang fasiq melihat dosanya itu seperti seekor lalat yang hinggap dihidungnya (lalu) ia mengatakan lalat ini akan terbang begitu sahaja”.
Berkata Abu Darda’ r.a “barhati-hatilah kamu kalau kamu dibenci oleh orang-orang mukmin sedangkan kamu kamu tidak merasakannya”.
Ibnul Jauzi menceritakan hadis daripada Ummu Sulaim (ibu kepada Anas bin Malik r.a)yang meminta wasiat daripada Nabi s.a.w.Katanya “wahai rasulullah,wasiatilah aku!”Nabi s.a.w besabda “Jauhilah maksiat.Sesungguhnya menjauhi maksiat adalah sebaik-baik hijrah.Peliharalah kewajiban (perkara fardhu).Sesungguhnya memelihara kewajiban itu adalah sebaik-baik jihad.Perbanyakkanlah zikir kepada Allah.Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang datang dengan membawa sesuatu yang paling disukai oleh Allah dibandingkan dengan memperbanyakkan zikir kepadaNya”.Abu Zarrin bertanya kepada Rasulullah “wahai Rasulullah,manakah hijrah yang paling utama?”Nabi s.a.w menjawab “iaitu orang yang berhijrah dari kejahatan (meninggalkan kejahatannya)”.
Daripada Abi Musa Al-asya’ri r.a.Ia mengatakan telah bersabda Rasulullahi s.a.w “Perumpamaan seorang mukmin yang membaca al-quran itu ialah seumpama buah limau (buah oren) yang baunya harum dan rasanya sedap (dan) perumpamaan seorang mukmin yang tidak membaca al-quran itu ialah seumpama buah tamar (buah kurma) yang tidak berbau dan rasanya sedap dan manis (dan) perumpamaan seorang munafiq yang membaca al-quran itu ialah seumpama minyak wangi yang baunya harum dan rasanya pahit (dan) perumpamaan seorang munafiq yang tidak membaca al-quran itu ialah seumpama buah labu (sejenis labu pahit) yang tidak berbau dan rasanya pahit”. –Riwayat Bukhari & Muslim.

Friday, November 6, 2009

Iman seseorang mukmin boleh bertambah dan berkurangan.Iman bertambah dengan sebab bertambah amalan kebajikan dan berkurangan dengan kurangnya amalan kebajikan dan lebih parah lagi jika disertakan dengan perlakuan maksiat tanpa insaf dan henti.
Muqollid nak kongsikan bersama 6 tips untuk menguat dan mengukuh serta menetapkan iman didalam jiwa seseorang mukmin.

1.Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan solat 5 waktu dan segala tuntutannya.
2.Tidak berkata-kata (diam) sewaktu azan dan iqomah.
3.Sentiasa berperasaan takut hilang dan tercabut iman dari hati.
4.Tidak meminum arak atau apa sahaja yang memabukkan dan menghilangkan akal.
5.Tidak menyakiti (menzalimi) sesama muslim terutamanya jiran tetangga.
6.Sentiasa membaca surah al-ikhlas 11 kali tiapkali selesai solat fardhu 5 waktu.

Syarat utama bagi 6 tips tersebut ialah mengetahui ilmu usuluddin (tauhid) mengikut ahlus-sunnah wal-jamaah. -Sumber: Kitab majmu' salasi rosail bagi Syeikh Yasin Al-fadani rahimahullahu alaihi.