SHAH ALAM - Bekas penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Irawadi Muhammad dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh teman wanitanya, Norzi Ayu Md Noor, lima tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati tertuduh yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, gagal membuktikan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Irawadi, bekas penuntut Fakulti Ekonomi dituduh membunuh Norzi Ayu, 27, Pegawai Penyelidik Perubatan di Institut Penyelidikan Malaysia (IMR) Kuala Lumpur, di No. 2-1-6, Blok ST2, Apartmen Sri Tanjung, Jalan 7/1D, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dekat sini, antara 3.30 petang dan 5 petang pada 26 Julai 2004.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Sepanjang perbicaraan yang bermula pada Oktober 2005, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Roslan Abu Bakar memanggil 18 saksi memberi keterangan sementara pihak pembelaan yang diwakili peguam Imran Hadzali Abdul Hamid mengemukakan seorang saksi. - Bernama
CANON IP4760
15 years ago

No comments:
Post a Comment