Wednesday, November 11, 2009


KUALA LUMPUR 10 Nov. - Kisah seorang lelaki warga emas yang didakwa menikam isterinya sehingga mati di Alor Setar, Kedah semalam masih hangat diperkatakan.

Namun, beberapa jam sebelum kejadian itu, seorang lagi wanita hampir menerima nasib yang sama seperti warga emas terbabit - ditikam oleh bekas teman lelaki kerana enggan kembali ke pangkuannya.

Kejadian berlaku di depan sebuah rumah di tingkat lima Flat Samudera, Gombak di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Mangsa, seorang wanita berusia 27 tahun terpaksa menerima 12 jahitan di leher, dagu dan tapak tangan selepas ditikam bekas teman lelakinya.

Kejadian dikatakan berpunca apabila suspek, seorang lelaki Pakistan berang terhadap mangsa yang enggan kembali ke pangkuannya.

No comments:

Post a Comment