KUALA LUMPUR – Polis menggunakan sepenuhnya kepakaran sedia ada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi persamaan kes culik dan rogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Sungai Pinang, Klang, baru-baru ini.
Siasatan juga menjurus kepada penglibatan ‘lelaki kucing’ yang dikaitkan dengan suspek utama kematian Nurin Jazlin Jazimin dan kehilangan Sharlinie Mohd Nashar sebelum ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, antara tiga jabatan itu ialah Bahagian Operasi Khas (D8), Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) dan Siasatan Seksual/Kanak-Kanak (D11).
“Tiga jabatan antaranya D8, D9, D11 dari tiga buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan akan digunakan bagi menyiasat sama ada kes culik berkenaan sama ada kes itu mempunyai persamaan dengan kes culik sebelum ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.:
Mohd Bakri berkata, Timbalannya, Datuk Hadi Ho Abdullah akan mengetuai siasatan dari tiga bahagian berkenaan.
Menurutnya, suspek masih diburu dan beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis bagi membantu siasatan.
CANON IP4760
15 years ago
No comments:
Post a Comment