JOHOR BHARU: Dua remaja yang dipercayai telah melakukan beberapa rompakan tepi jalan di sini ditahan awal hari ini.
Bertindak atas maklumat orang ramai, polis menahan suspek berusia 18 dan 19 tahun itu depan sebuah kafe siber di Taman Tampoi Indah di sini pada jam 12.55 pagi tadi.
Polis menemui dua parang, sebatang besi dan sebatang kayu dalam Proton Wira mereka.
Geledahan di rumah mereka di Taman Nusa Bestari membawa kepada penemuan dua pistol mainan, rifel M-16 dan peluru palsu.
Ketua Polis Johor Bharu (Utara), ACP Ruslan Hassan, berkata siasatan awal menunjukkan suspek telah menggunakan senjata berkenaan ketika melakukan beberapa rompakan tepi jalan di Skudai.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.
"Senjata itu yang kelihatan asli, boleh menyebabkan orang ramai yang tidak arif mengenai senjata tertipu," katanya. - Bernama
CANON IP4760
15 years ago
No comments:
Post a Comment