SAO PAULO: Seorang wanita Brazil yang mengenakan baju singkat merah jambu yang hampir mencetuskan rusuhan di sebuah kolej swasta dan menyebabkan beliau disingkirkan akan dibenarkan kembali ke kelas.
Universiti Bandeirante kelmarin bertegas terhadap keputusan untuk menyingkirkan Geisy Arruda berusia 20 tahun berikutan pelbagai reaksi negatif di sebuah negara yang biasanya pakaian mendedahkan disifatkan sebagai perkara biasa. Video sekumpulan pelajar yang mengejek dan bersiul pada 22 Oktober lalu menjadikan beliau sebagai bahan sensasi internet.
Beberapa jam selepas kerajaan Brazil meminta penjelasan universiti, dekan mereka menyiarkan satu nota menyatakan mereka menarik balik keputusan institusi itu untuk membuang Arruda.
Kementerian Pendidikan memberikan 10 hari kepada universiti itu untuk menjelaskan sebab mereka mahu membuang Arruda yang diberikan kot putih profesor dan diiringi keluar oleh polis berikutan serangan dan ejekan pelajar lain.
Satu video mengenai kejadian itu disiarkan melalui YouTube dan menjadi tajuk utama dengan cepat di seluruh Brazil. Keputusan universiti membuang pelajar terbabit Ahad lalu mencetuskan aduan daripada kesatuan pelajar kebangsaan dan menteri yang terbabit dalam dasar wanita di negara itu.
Pendakwa Sao Paulo berkata mereka akan menyiasat perkara yang menyebabkan universiti mengambil keputusan untuk membuang Arruda, manakala pelajar terbabit itu pula memberitahu pemberita melalui peguamnya bahawa beliau akan menyaman universiti itu.
Kenyataan dekan tidak memberikan alasan mengapa keputusan terbabit ditarik balik. - AP
CANON IP4760
15 years ago
No comments:
Post a Comment