DUBAI: Seorang komander sebuah kumpulan berkaitan al-Qaeda memberi amaran kepada masyarakat Islam Sunnah bahawa golongan Syiah dan Iran adalah lebih ‘berbahaya’ ’kepada agama daripada Yahudi atau Kristian.
“Kami menyeru kepada seluruh negara supaya mempertahankan Sunnah dengan cara apa sekali pun, daripada bahaya Iran dan mereka yang mengikuti fahaman Syiah di rantau ini,” kata Mohammed bin Abdul Rahman al-Rashid daripada al-Qaeda di Semenanjung Arab, dalam rakaman suara yang disiarkan oleh kumpulan perisikan Amerika, SITE.
“Apakah anda tidak lihat dan dengar aspirasi puak Huthi di Yaman dan pencerobohan mereka terhadap Sunnah?”
Beliau merujuk kepada pemberontak Zaidi daripada golongan Syiah, yang setia kepada ketua mereka, Abdul-Malek al-Huthi, yang terjebak dalam peperangan dengan tentera Yaman yang diperintah Sunnah di utara negara berkenaan. - AFP
CANON IP4760
15 years ago
No comments:
Post a Comment