KOTA DAMANSARA - Gara-gara tidak dapat menahan gelojak nafsu, seorang pengawal keselamatan yang mengambil kesempatan meraba buah dada seorang remaja dibelasah penduduk di Flat Gugusan Tanjung, dekat sini kelmarin.
Tindakan suspek yang berusia awal 40an membawa padah apabila dia dikejar dan dibelasah oleh penduduk setelah mendengar jeritan mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 malam itu, mangsa yang dalam perjalanan ke kedai runcit mendakwa dipeluk suspek dari belakang ketika melalui satu kawasan gelap sebelum buah dada dan punggungnya diraba.
Terkejut dengan tindakan buas pengawal keselamatan itu, mangsa menjerit sekuat hati sebelum ia didengari beberapa penduduk di situ.
Menurut saksi kejadian, Mohd Zahid Hilmi, 38, menyedari jeritan mangsa didengari penduduk, pengawal keselamatan yang masih beruniform itu lari bersembunyi dalam sebuah longkang di tepi jalan besar.
“Dia cuba menyorok dalam longkang tetapi penduduk dapat mengesan dan membelasahnya beramai-ramai. Mungkin kerana tidak tahan sakit, dia lari ke tengah jalan dan hampir dilanggar sebuah Proton Wira,” katanya
Bagaikan adegan dalam sebuah filem, suspek yang dikejar berbelas penduduk lari naik ke rumahnya di kawasan yang sama lalu mengunci pintu.
Polis kemudiannya cuba menahan suspek di rumahnya namun dihalang oleh isteri suspek yang terkejut dan tidak percaya suaminya melakukan kesalahan itu.
Suspek yang berada dalam keadaan terpinga-pinga tidak melawan dan membenarkan pihak polis membawanya turun dalam keadaan bergari dari rumahnya di tingkat tiga.
Mangsa yang berada dalam keadaan trauma kemudiannya ditenangkan penduduk dan kemudian dibawa ke balai untuk membuat keterangan manakala suspek terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.
CANON IP4760
15 years ago
No comments:
Post a Comment