KOTA BHARU – Seorang pencuri kabel yang kesejukan menyembunyikan diri hampir tiga jam di dalam semak sempat meminta belas daripada penduduk supaya tidak memukulnya sebelum dihantar ke balai polis berdekatan kelmarin.
Penduduk kampung bersama ahli Kawasan Rukun Tetangga Banggol dan Tikat mengambil masa hampir tiga jam untuk menangkap seorang daripada tiga lelaki yang terbabit mencuri kabel telekom tersebut.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga lelaki berusia awal 20an hingga 30an dipercayai melakukan kerja-kerja memotong kabel sepanjang 500 meter di kawasan berkenaan.
Penyelia Pembangunan Mukim Kampung Banggol, Che Mohamad Che Kassim berkata, kira-kira 100 penduduk bekerjasama mengepong kawasan berkenaan untuk menangkap salah seorang pencuri berkenaan.
“Kami bersepakat untuk mengesan lelaki berkenaan dan saya terpaksa mengeluarkan upah menggunakan jentolak bagi mencari salah seorang lelaki kerana dia dipercayai menyorok di dalam semak pokok mengkuang berdekatan tempat kejadian.
“Dua lelaki lagi berjaya melarikan diri. Salah seorangnya menggunakan kereta dan seorang lagi gagal dikesan dan kami hanya berjaya menangkap seorang sahaja yang bersembunyi di dalam semak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian
CANON IP4760
15 years ago
No comments:
Post a Comment