KOTA BHARU - :Biadab dan tidak bertamadun. Itu perkataan yang paling sesuai digunakan bagi bergambarkan perbuatan keji yang dilakukan sepasangan kekasih yang dicekup ketika sedang berasmara di sebuah tandas masjid dekat sini, Sabtu lalu.
:Apa yang menjengkelkan kejadian yang berlaku di tandas Masjid Kota itu melibatkan individu yang sudah bersuami manakala pasangannya berstatus bujang.
:Malah, perempuan yang berusia 23 tahun itu sarat mengandung enam bulan dipercayai berasal dari Kok Keli Tumpat dan datang ke masjid itu semata-mata untuk melakukan perbuatan jijik itu.
:Dalam masa yang sama, pasangan berkenaan sanggup menggunakan telekung sembahyang untuk mengalas mangkuk tandas ketika melampiaskan nafsu buas mereka.
:Penghulu Mukim Kota Jelasin, Zainudin Mohamad berkata, kedua-dua mereka dicekup hasil daripada maklumat orang ramai apabila pernah dilihat beberapa kali melakukan perbuatan mencurigakan itu di masjid berkenaan.
:“Lelaki itu yang berusia 37 tahun merupakan penduduk tempatan di sini dan ketika dicekup, wanita tersebut sedang memakai seluarnya manakala lelaki bujang itu menyembunyikan diri di sebalik pintu tandas,’’ katanya kepada Sinar Harian.
:Zainudin berkata, pasangan tersebut diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) untuk tindakan selanjutnya.
CANON IP4760
15 years ago
No comments:
Post a Comment