Saturday, November 14, 2009


KUALA LUMPUR 13 Nov. - Kes bunuh Pensyarah Sains Sukan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu tujuh tahun lalu berkesudahan dengan dua daripada tiga tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Sulkarnain Alias, 32, dan Operator Pengeluaran Kilang, Noorman Ab. Wahab, 31, setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh Bakarudin.

Hakim Muhamad Ideres turut mensabitkan tertuduh ketiga, Azizul Azual Mohamad Jailani, 25, pekerja sambilan kedai komputer dengan tuduhan itu setelah Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail berjaya membuktikan pertuduhan membunuh Bakarudin.

Namun memandangkan ketika kejadian, Azizul Azual berusia 18 tahun, mahkamah perlu meneliti laporan akhlak terlebih dahulu dan mitigasi peguam tertuduh yang dijadualkan pada 11 Disember ini.

Meskipun begitu, faktor usia Azizul Azual yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, tidak memungkinkan dia terlepas daripada hukuman gantung

No comments:

Post a Comment