SHAH ALAM 13 Nov. - Dua pembekal udang yang beroperasi dari Aceh ke Selatan Thailand dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar kanabis seberat 36,220 gram, lapan tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin menjatuhkan hukuman itu terhadap Halim Nor, 45, rakyat tempatan dan rakannya yang berasal dari Aceh, Sabri Alias, 38, selepas mendapati kedua-duanya gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dalam pembelaan mereka.
Semasa membacakan penghakimannya Mohd. Zaki berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai pemilikan eksklusif terhadap kanabis yang disorok di belakang kusyen sebuah kereta Mercedes Benz.
CANON IP4760
15 years ago
No comments:
Post a Comment