Wednesday, November 11, 2009


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Hawthorn, Melbourne dibelasah hingga pengsan sebelum dilarikan dan ditinggalkan di sebuah rumah kosong dengan kedua-dua tangannya diikat menggunakan kawat duri dalam kejadian samun berhampiran rumah sewanya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Wan Hana Syafiqah Modin, 19, pelajar tahun pertama Sains Kesihatan Sosial di Swinburne University of Technology (SUT), dikatakan berjalan berseorangan ke kampusnya apabila dihampiri seorang lelaki sambil mengacukan senjata tajam dari belakang.

Mangsa dari Taman Setiawangsa di sini, kemudian dipaksa memasuki sebuah kereta yang dinaiki tiga penjenayah lain, dan dipukul hingga pengsan.

Difahamkan, penjenayah terbabit meninggalkan Wan Hana Syafiqah di rumah kosong berkenaan sebelum melarikan diri bersama wang tunai A$260 (RM826.80) yang dibawa mangsa untuk membeli buku rujukan di kampusnya. Bagaimanapun, barangan peribadi mangsa termasuk telefon bimbit tidak diambil.

Mangsa yang sedar tidak lama selepas itu, diselamatkan orang ramai selepas menemuinya berlari dalam keadaan tangan terikat dan berlumuran darah berhampiran sebuah kafe tidak jauh dari rumah kosong itu.

No comments:

Post a Comment