PADANG BESAR - Budak lelaki berusia 11 tahun cedera dibelasah selepas bertindak melarikan motosikal jenis Honda C70 milik seorang jemaah masjid, di sini, malam kelmarin.
Budak terbabit yang juga murid Tahun Lima sebuah sekolah rendah aliran pendidikan khas cedera di hidung dan muka selepas dikatakan ditumbuk, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam.
Dia ditahan ketika sedang cuba menghidupkan motosikal yang dicurinya di kawasan berhampiran Tasik Melati, di sini, iaitu kira-kira 150 meter dari lokasi kenderaan itu dilarikan.
Berdasarkan maklumat, budak lelaki itu dikatakan melarikan motosikal milik seorang jemaah masjid, ketika orang ramai sedang menunaikan solat Isyak.
CANON IP4760
15 years ago
saya tanyakan kepada anda...sila jawab dengan jujur.
ReplyDelete1.sanggupkah anda dipotong tangan dan cacat seumur hidup semata-mata kerana ingin mendapatkan sesuatu dengan mencuri?
2.sanggupkah anda disebat dengan 100 sebatan yang mungkin menyebabkan anda mati atau cacat seumur hidup semata-mata kerana ingin mendapatkan seks diluar nikah (zina)?
3.sekiranya anda telah berkahwin,sanggupkah anda direjam dengan batu sampai mati semata-mata kerana ingin mendapatkan seks diluar nikah?
4.sanggupkah anda dipancung leher semata-mata kerana membunuh diatas sikap membalas dendam?
sekiranya anda menjawab tidak sanggup bermakna benarlah hukum islam sangat mencegah perlakuan jenayah.
sekiranya anda menjawab sanggup bermakna anda bukanlah seorang yang jujur kepada diri anda sendiri.