SHAH ALAM - Mayat seorang pengawal keselamatan warga Nepal ditemui mati dengan kesan torehan serta tikaman dalam kejadian di kawasan kubur Cina, Memorial Park di Seksyen 21, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 10.30 malam kelmarin daripada orang awam sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal polis di lokasi kejadian, menemui mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian terbaring berlumuran darah di kawasan kubur terbabit.
“Pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia lingkungan 40-an itu, sudah mati dan cedera parah dengan pelbagai kesan torehan serta tikaman di beberapa bahagian badan antaranya paha dan perut.
“Bagaimanapun siasatan lanjut ke atas mangsa mendapati semua barang berharga miliknya tidak hilang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Noor Azam berkata, buat masa ini asp polis tidak menolak bahawa kematian mangsa bermotifkan dendam kerana segala barangan miliknya tidak dicuri atau dilarikan suspek yang membunuhnya.
CANON IP4760
15 years ago

No comments:
Post a Comment