LANG - Seorang nelayan dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana merogol seorang gadis bawah umur, hampir tiga tahun lalu.
Mohd Kassim Salleh, 22, didapati bersalah merogol mangsa, ketika kejadian berusia 15 tahun antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi, 5 Disember 2006 di belakang pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad rumah awam Rantau Panjang, di kawasan lapang Kampung Sri Perantau, di sini.
Hakim Aslam Zainuddin mensabitkan tertuduh atas kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Beliau mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan luar munasabah dalam kes itu.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syuhada Alwi sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam rayuannya, tertuduh meminta hukuman diringankan kerana mempunyai dua anak kecil berusia empat dan dua tahun.
Mengikut keterangan dalam perbicaraan, pada awal kejadian tertuduh dan mangsa didakwa keluar secara berkumpulan dengan beberapa rakan lain.
Mangsa kemudian pulang dengan menaiki motosikal bersama tertuduh bagaimanapun difahamkan telah dibawa ke belakang pencawang berkenaan dan dirogol.
CANON IP4760
15 years ago
No comments:
Post a Comment