KUALA LUMPUR – Dua rakan sekilang bukan sahaja tidak menghormati surau sebagai tempat ibadat orang Islam malah salah seorang daripada mereka tergamak mencuri dengan menggunakan sejadah.
Atas perbuatan itu Mohammad Faris Abdul Aziz dan Nurhidayaah Rosli masing-masing dihukum penjara 11 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Rakan sebaya berusia 21 tahun itu mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mencuri, antaranya dompet berisi wang, telefon bimbit termasuk kad pengenalan milik dua pelajar dan seorang jururawat yang sedang solat di Surau LG Mid Valley Megamall, Jalan Lingkaran Syed Putra, Brickfields, di sini, kira-kira 5.30 hingga 6.30 petang, Khamis lalu.
Nurhidayaah melakukan curi itu sementara Mohammad Faris bertindak sebagai perancang dan pemerhati di luar surau.
Sejurus selesai solat, ketiga-tiga mangsa dengan cepat membuat laporan polis setelah mendapati barang-barang mereka hilang dan kedua-dua tertuduh berjaya diberkas melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Nurhidayaah mengaku mencuri wang dari dompet salah seorang mangsa dan kemudian membuang dompet itu dalam tong sampah di tandas wanita selain menyembunyikan dompet seorang lagi mangsa di bawah lipatan sejadah selepas mengambil wang
CANON IP4760
15 years ago
No comments:
Post a Comment