Saturday, November 7, 2009


KUALA LUMPUR - Beg berisi wang RM10,000 milik seorang doktor wanita dilarikan empat penyamun yang menunggu di hadapan rumahnya di Jalan 5/27D, Seksyen 6 di Wangsa Maju dekat sini kelmarin.

Jurucakap polis berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 8 malam ketika mangsa berusia 45 tahun bersama anak lelakinya tiba-tiba dihampiri dua daripada empat suspek yang menunggu mereka di depan rumah.

Ketika kejadian, mangsa dan anak lelakinya berusia belasan tahun yang menaiki kereta Proton Saga baru sampai ke rumah.

"Salah seorang suspek itu terus mengacukan parang ke leher mangsa dan mengarahkan doktor itu menyelak tudung kepalanya dipercayai untuk meragut rantai leher mangsa.

"Mangsa enggan menurut menyebabkan kedua-dua suspek itu terus merampas beg tangan mangsa," katanya.

Kata jurucakap itu lagi, anak mangsa cuba membantu, tetapi dia turut diacukan parang sebelum penjenayah itu merampas telefon bimbitnya.

Jurucakap polis itu memberitahu, sebelum melarikan diri, dua penjenayah itu sempat memecahkan cermin depan kereta Proton Saga mangsa.

No comments:

Post a Comment