SEREMBAN 17 Nov. - Seramai 605 orang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tahun lepas kerana disyaki terlibat dengan rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, daripada jumlah itu, seramai 323 orang atau 54 peratus ialah orang awam dan kakitangan swasta sementara 282 orang atau 46 peratus merupakan pegawai kerajaan.
"Ini jelas menunjukkan terdapat perubahan yang amat besar dari segi pengukuran tahap kesedaran penjawat awam berhubung kesalahan jenayah rasuah ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada seminar pencegahan rasuah dan pemantapan integriti perkhidmatan awam anjuran bersama SPRM dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Cawangan Negeri Sembilan di pejabat SPRM dekat sini hari ini.
CANON IP4760
15 years ago
No comments:
Post a Comment