Wednesday, November 11, 2009


KABUL - Pasukan tentera asing di Afghanistan menghadapi ancaman baru di negara itu selepas seorang askar Amerika Syarikat (AS) maut akibat virus seperti Ebola yang dikenali sebagai demam Crimean-Congo berdarah.

Penyakit bawaan haiwan bersungut itu mampu menyebabkan kematian menyakitkan kepada mangsa berikutan keupayaan virus tersebut menukarkan organ dalaman menjadi cecair dan mencetuskan pendarahan dalaman tanpa dapat dikawal.

Sarjan Robert Grodon, 22, mati pada September lalu di pangkalan tentera, barat Kandahar dengan kesan sengatan di kakinya.

Virus tersebut dipindahkan oleh darah yang dijangkiti dan kali pertama dikesan di Crimea pada 1944 dan di Congo pada 1956, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Wabak penyakit tersebut dilaporkan lapan tahun lalu di Quetta, ibu kota Baluchistan, Pakistan.

Pasukan tentera di Afghanistan kini diberikan amaran berjaga-jaga mengenai penyakit maut tersebut dengan penggunaan racun serangga diwajibkan manakala pakaian seragam mereka dirawat dengan kimia pencegah.

No comments:

Post a Comment