KUALA LUMPUR - Kecewa kerana peruntukan bagi kawasannya diagihkan kepada kawasan lain, seorang Ahli Parlimen pembangkang, semalam, mengemukakan usul untuk memotong gaji Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebanyak RM10.
Usul itu menerima reaksi bercampur daripada Ahli Parlimen yang membahaskannya menyebabkan sesi persidangan Dewan Rakyat agak hangat dengan pertikaman lidah daripada kedua-dua pihak yang mengambil masa hampir setengah jam.
Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), yang mengemukakan usul itu, tidak puas hati dengan pengagihan dana peruntukan khas Perdana Menteri bagi kawasan Bandar Kuching kerana mendakwa hanya enam daripada 50 badan bukan kerajaan (NGO) yang disenarai sebagai penerima dana itu adalah dari kawasan Parlimen itu.
“Merujuk kepada senarai agihan dana 2008, NGO Bandar Kuching menerima RM610,000 peruntukan daripada keseluruhan RM1.5 juta yang diterima pada tahun ini.
“Tetapi daripada jawapan yang diberikan menteri, 50 NGO yang terima peruntukan itu boleh dikatakan hanya enam sahaja daripada Bandar Kuching, yang lain itu di kawasan lain, termasuk Jawatankuasa Masjid dan Surau Kawasan Tupong RM30,000 dan Jawatankuasa Masjid dan Surau Kawasaan Satok RM10,000,” katanya.
Chieng Jen berkata, antara NGO Bandar Kuching yang menerima peruntukan termasuk Maksak Sarawak (RM50,000), The Carnation Club of Kuching and Samarahan (RM60,000), Yayasan Kemajuan Insan Malaysia Sarawak (RM67,400), Harakah Islamiah Sarawak (Hikmah) (RM60,000).
CANON IP4760
15 years ago
No comments:
Post a Comment