Wednesday, November 18, 2009


BUKIT MERTAJAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) berjaya memberkas seorang individu dipercayai perogol bersiri yang menjalankan kegiatan rogol dan samun dalam kawasan SPT.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Dr Mohamed Shah Husin Shah berkata, tangkapan dilakukan ke atas suspek kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, hasil maklumat risikan.

Menurutnya, suspek berusia 25 tahun dan berbangsa Cina itu ditahan di Bandar Sunway, Seberang Jaya.

“Suspek menjadikan kereta jenis Myvi sebagai kereta sapu persendirian untuk menumpangkan mangsa sebelum merogol dan menyamun mereka.

“Wanita Indonesia dan warga asing dijadikan sasaran suspek untuk melakukan aktiviti jenayah tersebut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek melakukan kegiatan sama di lain-lain tempat.

No comments:

Post a Comment