Wednesday, November 4, 2009


BUKIT MERTAJAM: Hasrat peninju, B Perabagaran, 21, untuk mengharumkan nama negara dalam Sukan Sea berkecai selepas mengalami kecederaan akibat dibelasah sekumpulan lelaki di Kampung Baru, minggu lalu.

Dalam kejadian pada 28 Oktober lalu itu, Perabagaran dibelasah 20 lelaki yang dikatakan diarah mencederakan beliau berikutan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pemilihannya menganggotai skuad tinju negara ke kejohanan itu.

Beliau mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan, lutut kanan dan badan dan menerima 58 jahitan.

Berikutan itu, beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sini, sebentar tadi.

Antara kejayaan pernah diperoleh atlet yang sepatutnya bertanding dalam kategori 75 kilogram (kg) adalah pingat emas dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2006 dan 2008.

No comments:

Post a Comment