KUALA LUMPUR – Penghuni dan pelajar Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah yang terletak di Kompleks Pasar Borong, Selayang mendakwa berada dalam ketakutan kerana diancam oleh sekumpulan samseng.
Guru Besarnya, Hafiz Hashim Qassim berkata, kehidupannya, guru dan pelajarnya kini diganggu gugat oleh sekumpulan samseng yang tidak senang melihat kedudukannya.
Menurutnya, sejak tahun 2006 lagi kami mula diganggu dan kumpulan samseng yang terdiri daripada tujuh warga Myanmar itu kini sudah berani membuat kacau di madrasah.
“Mereka yang tidak bertanggungjawab itu cuba menghalau saya kerana ingin mengambil alih madrasah ini.
“Masa kami susah dulu, tiada siapa mahu pandang tetapi bila kami agak senang sedikit, ada pihak yang dengki dan tidak puas hati serta selalu mengganggu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), di sini.
Hafiz berkata, beliau sangat risaukan keselama tan pelajarnya dan bimbang mereka akan dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab terbabit.
Katanya, kumpulan samseng terbabit juga dengan bongkaknya memberitahu mereka mempunyai hubu ngan yang baik dengan pegawai polis, justeru tiada sebarang tindakan akan diambil ke atas mereka.
“Memandangkan kumpulan samseng itu mendakwa mereka mempunyai pengaruh di Balai Polis Selayang, beliau cuba membuat laporan polis berhubung ancaman kumpulan terbabit di IPKKL dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tetapi tidak diterima.
“Saya harap polis akan memberi perhatian kepada masalah kami dan mengambil tindakan segera ke atas kumpulan samseng yang mengganggu.
“Saya sudah buntu kerana laporan kami ditolak dan tidak tahu apa boleh dibuat lagi atau di mana kami nak mengadu selepas ini,” katanya.
Beliau berkata, madrasah yang menyediakan tempat tinggal dan pendidikan untuk anak yatim serta miskin warganegara Myan mar yang tinggal di negara ini itu dibukanya pada tahun 1995.
CANON IP4760
15 years ago
No comments:
Post a Comment