Wednesday, November 18, 2009


PASIR PUTEH -Pasti adalah medium terbaik ke arah melahirkan generasi berpelajaran serta dalam masa sama mendukung ‘roh’ Islam dalam kehidupan seharian.

Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, kecemerlangan dalam erti kata sebenar bukan hanya kejayaan dalam bidang akademik, malah turut bertakwa kepada Allah.

”Pasti yang memberi fokus kepada asas agama sudah pasti menjadi medium melahirkan generasi sedemikian di samping mengimbangi pengaruh pendidikan sekular.

”Pada hari graduasi ini, kita melihat sendiri bagaimana perubahan sikap positif anak-anak hasil megikuti pembelajaran di Pasti berlaku dan ianya membanggakan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Ihtifal Pasti Pintar Wakaf Berangan dan Pasti Kampung Wakaf di sini, kelmarin yang turut dihadiri Pengarah Pasti Pasir Puteh, Mohd Ruden Mohd Yusof.

Menurutnya, Pasti Pintar turut menyediakan komputer yang memberi manfaat kepada kanak-kanak Pasti mempelajari asasnya.

”Kemudahan ini boleh dimanfaatkan kanak-kanak sebagai ‘pintu masuk’ ke alam teknologi maklumat yang begitu penting kepada bidang pendidikan masa kini,” katanya.

Zainuddin berharap, ibu bapa atau orang ramai terus memberikan kerjasama dengan menghantar anak-anak ke Pasti yang dianggap sebagai langkah awal dalam usaha melahirkan intelek Islam.

No comments:

Post a Comment