Sunday, November 8, 2009


SHAH ALAM - Mayat bayi dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan ditemui terapung dalam Sungai Kapar, Batu Empat, Kapar, Klang, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui seorang pekerja buruh binaan, Budicoro, 31, yang sedang membina tembok di tepi sungai berkenaan.

Ketua P:olis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mayat bayi yang tidak diketahui jantinanya berikutan keadaannya bengkak dikatakan dibuang di sungai itu lebih dari 24 jam.

“Pengadu dikatakan sedang menjalankan tugasnya membina tembok sebelum melihat ‘benda’ terapung dalam sungai sebelum menariknya ke tebing.

“Bagaimanapun pengadu terkejut apabila mendapati ‘sesuatu’ yang ditariknya itu adalah mayat bayi dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan tetapi cukup sifatnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamad berkata, bayi berkenaan lahir ketika usianya enam bulan, bagaimanapun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui usia sebenarnya berdasarkan laporan bedah siasat nanti.

“Kita percaya mayat bayi berkenaan dibuang dan siasatan sedang dijalankan untuk memburu suspek yang melakukan perbuatan berkenaan dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kematian dengan cara membuang bayi.

“Mayat bayi itu berkenaan kemudiannya di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat,” katanya.

No comments:

Post a Comment