TANJUNG MALIM 11 Nov. – Keengganan Pas meneruskan rundingan kerajaan perpaduan bersama UMNO menyebabkan masyarakat Melayu terus berpecah. Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan, perpecahan itu akan menjadi semakin ketara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
“Saya kira kaum Melayu akan tetap berpecah daripada segi fahaman politik.
“Selagi Pas tidak mahu kerjasama dengan parti-parti selain dalam pakatan pembangkang, harapan kita untuk mengadakan kesepakatan yang lebih baik tidak akan berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Pembangunan Ekonomi dan Pembinaan Bangsa’ anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.
CANON IP4760
15 years ago
Pas dan umno adalah dua parti yang berbeza yang mempunyai dasar perlembagaan tersendiri.Dibezakan oleh perlembagaan islam dan sekular.Sekiranya umno beria-ia ingin menyunting pas sebagai suri politiknya maka diatas dasar mana satukah rumah tangga ini mahu dibina?Dasar perlembagaan umno sudah awal-awal lagi menolak islam sebagaimana dasar pas yang sedari awal asas penubuhannya ialah dasar islam.Kedua-dua dasar ini ibarat air dan minyak yang memang tidak boleh disebatikan.Mengapakah dihairankan pas menolak kerajaan perpaduan sedangkan yang perlu amat dihairan ialah mengapa umno menolak islam?saya ingin kongsikan bersama satu kisah 3 orang sahabat nabi s.a.w yang telah menolak daripada menyertai satu peperangan dengan pelbagai alasan.mereka tidak mahu berjihad bersama -sama nabi s.a.w.Apabila nabi s.a.w pulang daripada peperangan maka baginda mengarahkan kepada semua para sahabat baginda s.a.w supaya ketiga-tiga orang yang tidak mahu bersama didalam peperangan tersebut dipulau dan dipinggirkan.Jangan dilayan segala pintaan dan kemahuan mereka kerana mereka telah menolak jihad yang merupakan jalan utama kepada tegak dan tersebarnya islam ke seluruh pelusuk dunia.Akhirnya seorang daripadanya yang bernama Abu Lubabah itu tadi sangat-sangat menyesal atas perbuatannya.Namun semata-mata menyesal,pihak yang meminggir masih belum memberikan sebarang respons baik yang akhirnya Abu Lubabah mengikat dirinya ke sebatang tiang masjid nabi s.a.w dan berikrar beliau tidak akan meleraikan tali ini dan oleh sesiapa juga pun kecuali oleh baginda rasulullah s.a.w sendiri.Lalu nabi menerima penyesalan Abu dan mengarahkan kepada para sahabatnya supaya menggauli Abu Lubabah sebaik-baiknya.Begitu juga dengan pas,untuk apa dilayan umno yang tidak menjadikan islam sebagai dasar perlembagaan,sebagai dasar jihad?Namun bukanlah bermakna peluang sudah berakhir buat umno tetapi peluang telah pun dan masih dibuka seluas-luasnya untuk bersama menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang dibina diatas satu dasar iaitu islam dengan cara samada umno kembali kepangkuan pas ataupun pas dan umno dibubarkan dan ditubuhkan satu parti yang dibina diatas dasar perlembagaan islam.
ReplyDeleteorang melayu manakah yang disebut telah berpecah oleh Kuli?dan juga perpecahan yang bagaimana?Kalau di tempat saya,baik-baik saja.apa saja majlis dan program boleh saja bercampuran tanpa dibezakan pahaman politik.
ReplyDeletePerpecahan kumpulan-kumpulan politik itu biasa saja dalam negara demokrasi.Ataupun mungkin juga parti orang-orang parti kuli yang berpecah lalu cuba mengaitkan pas sebagai punca perpecahan.Kelihatan betul juga kerana parti kuli parti orang-orang melayu.Bukankah begitu,berbetulan dengan perkataan kuli ...MELAYU terus berpecah".Kalau betul,maka pas tiada kaitan kerana pas parti orang-orang islam.bukan parti melayu....