
BEIJING - Seorang suami berumur 66 tahun, Ma Lin melakukan tindakan drastik apabila mengetuk sebatang paku sepanjang 20.3 sentimeter di kepalanya apabila isterinya mengkritik perbuatannya yang kaki botol, lapor sebuah akhbar semalam.
Anggota-anggota paramedik di Kolej Perubatan Shantou, China berjaya menarik keluar paku itu yang tertanam 2.54 sentimeter dari otaknya baru-baru ini.
Menurut Lin: "Saya menganggap kehidupan sudah tidak bernilai lagi menyebabkan saya berusaha untuk menamatkannya. Saya terjaga (daripada mabuk) dengan berasa amat sakit." - Agensi
kita sebagai seorang muslim sangat patut mengambil iktibar dari kisah ni.sebenarnya arak turut diharamkan oleh kebanyakan agama selain islam,tetapi tiada undang-undang yang mampu menyekatnya selain dari islam.namun yang amat mendukacitakan apabila negara islam sendiri menjadi pengeluar arak.sepatutnya perkara yang berkaitan dengan keperluan orang-orang bukan diserahkan kepada mereka sekiranya perkara itu dilarang oleh syarak.jangan pula kita yang mengaku islam mengambil kesempatan mencari keuntungan diatas keperluan mereka yang haram disisi agama kita.kalau negara-negara bukan islam diluar sana mahukan minuman keras atau apa saja yang haram disisi kita,biarkan sahaja mereka usahakan sendiri ditempat mereka.banyak cara lagi mahu dapatkan keuntungan.
ReplyDeletekita lihat dalam kes ini beberapa pihak takde pasal-pasal turut terlibat sama menghadapi seorang pemabuk.pertama,isterinya.kedua,anak-anaknya.ketiga,jiran-jirannya.keempat,pihak hospital.kelima,orang yang turut sama menjayakannya.
persoalannya,berapa banyak kos yang terpaksa dihabiskannya semata-mata untuk mabuk?