Warga emas kena 10 tahun, enam sebatan
KUANTAN: Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun dipenjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dengan memberinya upah RM5 hingga RM15 antara Mei tahun lalu hingga Oktober lalu.
Tertuduh, Che Hassan Che Nawang, 61, dari Kampung Jaya Gading di sini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Ahmad Zamzani membuat keputusan itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Jumaat dan peguam tertuduh, Zaharman Zainal Abidin.
Beliau memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditahan polis, iaitu Ahad lalu.
Che Hassan yang juga seorang duda didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Mengikut fakta kes, mangsa berkenalan dengan tertuduh yang berusia 11 tahun di sebuah kedai runcit pada Mac 2008.
Berikutan perkenalan itu, tertuduh mengajak mangsa ke rumah dan merogolnya berulang kali di tempat sama dan memberi RM5, RM10 dan RM15 selepas itu.
Kali terakhir tertuduh merogol mangsa di tempat sama pada 19 Oktober lalu, kira-kira jam 2 petang.
Pemeriksaan mangsa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, 23 Oktober lalu mendapati ada kesan koyak lama pada kemaluan mangsa.
Akhbar sebelum ini melaporkan tertuduh ditahan di kedai serbaneka.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata warga emas itu ditahan bagi membantu siasatan kes rogol terhadap kanak-kanak terbabit yang juga mangsa dera ibu tirinya.
Ibu tiri mangsa dihukum penjara 20 bulan selepas mengaku salah atas tuduhan mendera ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 28 Oktober lalu.
Terdahulu, Zaharman meminta mahkamah tidak mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh kerana keadaan usia dan kesihatannya yang kurang baik serta mengambil kira pengakuan bersalah olehnya.
Sementara itu, Mahadi dalam hujahnya berkata mahkamah perlu mengenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya bagi mencerminkan keseriusan kes itu.
CANON IP4760
15 years ago

No comments:
Post a Comment