Wednesday, November 18, 2009


KUALA LUMPUR 17 Nov. - Seorang bapa yang bertopengkan syaitan tergamak menjadikan bilik mandi rumahnya sebagai tempat untuk melepaskan nafsu serakah terhadap dua orang anaknya.

Ketika anak-anaknya yang berusia sembilan dan 11 tahun mandi pada Jun dan Julai lalu, bekas tentera berusia 37 tahun itu mengambil kesempatan mencabul mereka.

Menurut fakta kes, selepas memaksa anaknya yang berusia 11 tahun menghisap kemaluannya, 'haruan' itu telah menyuruh mangsa mandi semula.

Waktu itu, dia sekali lagi mengambil peluang meraba payu dara anaknya ketika menyabun mangsa.

Hari ini, lelaki tersebut dijatuhi hukuman penjara 60 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini bagi setiap dua pertuduhan mencabul kehormatan kedua-dua anaknya itu.

Majistret Nor Azah Kasran memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak mulai tarikh tangkapan pada 9 November lalu setelah dia mengaku bersalah atas dua tuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, dia yang pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama sembilan tahun didakwa mencabul anaknya berusia 11 tahun kira-kira pukul 2 petang, pertengahan Jun lalu di bilik mandi rumah mereka di Sentul di sini.

Dia mengulangi perbuatan kejinya itu ke atas anak perempuannya berusia sembilan tahun pada Julai lalu di tempat yang sama.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor R. Rukumar manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Beliau memohon supaya hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh kerana jenayah yang dilakukan amat hina dan ia membabitkan anak lelaki itu sendiri.

Tertuduh memohon agar hukumannya diringankan memandangkan dia menanggung beberapa orang anak dan isteri.

No comments:

Post a Comment