Tuesday, November 10, 2009


KUANTAN 10 Nov. — Bungkusan yang disangka janin bayi yang baru dilahirkan yang ditanam di taman permainan Taman Sepakat dekat sini dua hari lepas rupa-rupanya bangkai anak kucing Parsi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supt Zulkifli Taha berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan menunjukkan bahawa objek yang ditemui ditanam itu adalah bangkai anak kucing.

"Berikutan bedah siasat itu maka siasatan ke atas kes berkenaan ditutup.

"Kes ini tidak membabitkan jenayah kekerasan atau pun pembuangan bayi seperti yang dilaporkan sebelum ini,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, hari ini.

Malam Ahad lepas, sekumpulan remaja menemui satu bungkusan yang disangka janin bayi di kawasan berkenaan sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Zulkifli berkata, pihaknya tidak tahu motif sebenar bangkai anak kucing itu ditanam di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan keraguan di kalangan penduduk di situ. - Bernama

No comments:

Post a Comment