JAKARTA: Seorang ahli laman web sosial Facebook mencetuskan kemarahan Majlis Ulama Indonesia (MUI), apabila mengaku bahawa dirinya adalah rasul.
Anggota laman web itu, Sakti A Sihite berkata beliau mengumumkan kerasulannya pada 13 September 2007, selepas menerima 'wahyu' daripada 'malaikat' yang datang dalam mimpinya.
"Peristiwa itu adalah kemuncak daripada beberapa perkara mistik yang saya alami sejak 2005," katanya.
Melalui halaman kumpulan Facebooknya, Sakti mendakwa, tujuan kerasulannya adalah untuk menyampaikan wahyu dan meminta manusia menyembah Tuhan.
Dia mendakwa, meskipun Islam menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah rasul terakhir, ada beberapa surah dalam kitab suci al-Quran yang memberi isyarat mengenai rasul ke-26.
Sakti turut memberitahu alamatnya di Jakarta selain menyediakan nombor telefonnya di laman web itu.
Bagaimanapun, apabila wartawan akhbar Jakarta Globe cuba menghubungi Sakti, mereka hanya menerima pesanan mesin menjawab panggilan
Halaman Facebook Sakti menarik kunjungan 117 orang hingga lewat kelmarin. Ia turut menyediakan 34 pautan untuk rencana agama yang didakwa ditulisnya sendiri.
Kebanyakan rencana berkenaan memberi tumpuan kepada persoalan untuk menyokong dakwaan kerasulannya. Dua pelayar internet meninggalkan ulasan kepada Sakti di halaman itu memintanya kembali ke jalan benar.
Seorang daripada mereka yang memperkenalkan diri sebagai Bara AS menulis: "Tiada rasul atau pesuruh Allah selepas Muhammad SAW.
Seorang lagi yang memberi nama Cahaya G membuat gesaan kepada Sakti dengan berkata: "Semoga anda kembali ke jalan Allah dan mempelajari agama Islam daripada ulama".
Pengerusi MUI, Amidhan menegaskan, Sakti melakukan pembohongan umum dan tindakan undang-undang akan diambil ke atasnya. � Agensi
CANON IP4760
15 years ago

No comments:
Post a Comment