Tuesday, December 1, 2009


KUALA LUMPUR - Kerana ingin mengubah nasibnya, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini menjadi mangsa hamba seks seorang bomoh lelaki sejak April lalu.

Ketua Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, mangsa yang dikenali sebagai Loh, 21, mengenali bomoh itu, 50, ketika sedang bercuti bersama rakan dan keluarganya dua tahun lepas.

"Bomoh itu menilik tapak tangan mangsa dan mendakwa mangsa akan mengalami nasib malang berpanjangan termasuk meninggal jika berkahwin atau menjadi isteri kedua jika tidak diubati.

"Mangsa yang naif dan tidak tahu apa-apa itu kemudian mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling dari bomoh itu sehingga mula bertemu secara serius April lepas," katanya pada sidang media yang turut dihadiri mangsa.

Beliau berkata, bomoh yang telah berkahwin itu mendakwa mangsa yang turut menghidap penyakit diabetes boleh diubati jika menjadi rakan perniagaannya dan meluangkan masa bersamanya.

Chong berkata, kerana terpedaya dengan nasihat bomoh yang dikenali ramai itu, mangsa bersetuju untuk menjalinkan hubungan seks sejak April dengan suspek dalam usaha mengubah nasibnya.

No comments:

Post a Comment